Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, projek Jajaran Utara Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah kembali kepada cadangan asal di mana ia tidak akan merentasi Kawasan Permatang Kuartza Gombak dan Empangan Batu.
Ianya akan menyelusuri perjalanan dari Mentakab ke Pelabuhan Klang seperti yang telah dicadangkan pada tahun 2017 yang lalu. Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan juga menyatakan bahawa Jajaran Utara ECRL adalah direka untuk mengurangkan impak kepada alam sekitar.
Oleh yang demikian, ia tidak akan menjejaskan kawasan Permatang Kuarzt yang berada di dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai Tapak Warisan UNESCO. Oleh Itu, reka bentuk laluan rel bagi jajaran ini akan dibina secara laluan bertingkat yang akan mengikuti laluan sedia ada.
Ianya tidak akan mengganggu kawasan Permatang dan tidak akan menceroboh kawasan tadahan air seperti Empangan Batu. Ia juga akan mengelak daripada melalui kawasan yang berpenduduk padat di sekitar Gombak.
Secara kesimpulan, terdapat tujuh buah hutan simpan yang akan dilalui oleh jajaran tersebut namun akan dibangunkan terowong bagi mengurangkan penebangan bagi hutan simpan. Tambahan dari itu, ia juga akan melintasi sekurang-kurangnya empat kawasan tadahan air.
Adapun begitu, impak sosial bagi Jajaran Utara tidak sebesar Jajaran Selatan. Ia juga memberikan kurang impak kepada kawasan perumahan dan keterlibatan orang Asli berbanding Jajaran Selatan.
Pembiayaan bagi kos pembinaan ECRL adalah daripada pinjaman mudah daripada China iaitu sebanyak 85% dari kos keseluruhan dan selebihnya melalui penerbitan sukuk.
Sumber: BERNAMA
Anda berminat untuk melakukan kerja-kerja penghantaran dengan menjadi rider atau driver? Daftar sekarang bersama Safer! Anda akan berpeluang untuk menikmati promosi kosong peratus caj penolakan.
Berminat untuk mengetahui tawaran ini dengan lebih lanjut? Hubungi pihak Safer menerusi mana-mana platform di bawah.
Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup