Kekejaman rejim Zionis Israel terhadap negara  Palestin telah ditunjukkan sejak beberapa tahun lamanya. Adapun begitu, dunia seakan-akan tidak mahu mengikut campur di dalam peperangan yang mempunyai banyak siri serangan ini. Terkini, Zionis Israel telah melakukan serangan ganas terhadap penduduk Palestin ketika mereka sedang solat sunat tarawih di Masjid Al-Aqsa. Kejadian berlaku pada malam ke-27 Ramadan tahun ini.

Setelah kejadian ini berlaku, serangan berlarutan telah dilakukan oleh pihak Israel. Disebabkan beberapa siri serangan telah berlaku, Hamas telah memulakan serangan balas dan beberapa siri balasan pula berlaku.

Sehingga kini, sudah lebih 200 lebih kematian yang direkodkan dan seramai dua juta orang awam di Semenanjung Gaza terperangkap dalam serangan ganas ini. Menurut laporan, syarikat bekalan elektrik di Gaza menjangkakan bekalan elektrik akan habis dalam tempoh satu ke dua hari lagi.

BACA JUGA :   SRIKANDI PALESTIN JADI PENGHIAS MUKA DEPAN VOGUE ARABIA

Selain melakukan serangan pertempuran terhadap penduduk, Zionis Israel juga telah memulakan serangan udara yang telah merosakkan beberapa kemudahan penting di Palestin. Sebuah sekolah yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah dijadikan tempat penginapan bagi rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal.

Serangan udara yang dilancarkan oleh pihak Zionis Israel telah menyebabkan penduduk Gaza hidup dalam ketakutan. Hal ini kerana, setiap penjuru kawasan tersebut berpeluang untuk diranapkan. Rejim Zionis dikatakan telah melakukan jenayah perang dengan menyerang kawasan orang awam dan menyebabkan mereka terpaksa bersembunyi di bangunan sekolah.

Zionis Israel turut menyerang kemudahan kesihatan pihak Palestin. Terdapat pelbagai jenis video kekejaman Zionis yang telah ditularkan di media sosial, namun, perkara ini seperti tidak mengubah apa-apa. Tahap kesedaran sesetengah pemimpin dunia umpama masih lagi jauh tertanam di bawah tanah. Meskipun pihak PBB telah didesak untuk melakukan tindakan lanjut, keadaan seperti tidak berubah.

BACA JUGA :   Hamas Mahu Malaysia Ketuai Isu Baitulmaqdis, Bangkang Keputusan Donald Trump

Ada yang menyatakan serangan Israel disebabkan oleh isu politik di Israel. Untuk menunjukkan kekuasaan, darah dan nyawa menjadi taruhan. Apakah reaksi anda sehingga kini?

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here