Pada hari Sabtu yang lalu, media China melaporkan seramai 21 peserta maraton terkorban akibat cuaca melampau yang telah melanda tempat perlumbaan. Kejadian berlaku semasa perlumbaan sejauh 100 kilometer di barat laut China berlangsung.

Dikatakan maraton Huanghe Shilin Mountain bermula pada Sabtu pagi dalam keadaan yang cerah. Namun, pada pukul 1 petang waktu tempatan, keadaan cuaca mula berubah. Ia bermula dengan hujan batu dan angin kencang yang menimpa pelari di Gansu County.

Ketika suhu turun di Yellow River Stone Forest, beberapa peserta mula mengalami hipotermia dan beberapa peserta dilapor hilang. Maraton tersebut telah dihentikan serta merta apabila keadaan menunjukkan cuaca yang memburuk.

Susulan kejadian tersebut, seramai 70 anggota keselamatan dikerahkan untuk misi mencari dan menyelamat peserta. Pasukan penyelamat turut berdepan kesukaran dalam misi menyelamat kerana cuaca yang ekstrem tersebut. Adapun begitu, operasi mencari diteruskan meski dalam keadaan gelap.

BACA JUGA :   PENCARIAN KAPAL DAGANG KARAM DIPERLUASKAN.

Daripada 172 peserta yang menyertai maraton tersebut, hanya 151 sahaja yang disahkan selamat dengan lapan peserta mengalami kecederaan. 21 peserta lagi direkodkan telah meninggal dunia.

Sebilangan besar peserta dikatakan hanya memakai seluar pendek dan kemeja-T.

 

Datuk Bandar Baiyin Zhang Xuchen telah mengadakan sidang media dan memohon maaf atas penganjuran perlumbaan tersebut.

Hipotermia

Hipotermia merupakan keadaan di mana suhu badan yang menjadi jauh lebih rendah berbanding paras normal. Ia boleh menyebabkan seseorang itu pitam atau pengsan. Suhu normal badan manusia adalah sekitar 37 darjah Celsius, namun semasa hipotermia, suhu badan adalah 35 darjah Celsius ke bawah. Jika ia berlaku secara mendadak, ia boleh menyebabkan kegagalan beberapa fungsi anggota badan.

BACA JUGA :   China- Cipta Ubat Baharu untuk COVID19

Sumber: CNN

Berminat untuk sambung belajar di dalam bidang perubatan, pergigian atau farmasi di Indonesia? Daftar kemasukan ke Universitas Sumatera Utara sekarang menerusi Daulah Educonsult.

Pendaftaran adalah untuk sesi 2021. Untuk mengetahui proses pendaftaran dan maklumat penuh berkenaan tawaran, hubungi pihak Daulah Educonsult menerusi:

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here