Negara Poland merupakan di antara negara Eropah yang kurang disebut sebagai lokasi pelancongan. Akan tetapi ia adalah salah satu negara anggota aktif Kesatuan Eropah. Tidak sekadar mempunyai budaya yang pelbagai dan menarik, ia juga menawarkan peluang ekonomi yang tinggi. Selain itu, ia juga turut menawarkan peluang untuk sambung belajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda kepada pelajar luar negara.
Sebelum mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan peluang belajar di Poland. Mari lihat kenali negara Poland ini.
-
-
- Nama rasmi: Republik Poland
- Bahasa Rasmi: Bahasa Poland
- Lokasi: Eropah tengah, berjiran dengan Jerman, Republik Czech, Slovakia, Ukrain, Belarus, Lithuania dan Rusia.
- Kerajaan: Kesatuan separa Presiden Republik Berperlembagaan
- Kepadatan penduduk: Anggaran sekitar 38.3 juta penduduk
- Iklim: Musim panasnya bermula sekitar 18 ke 30 Darjah Celsius dan musim sejuknya bermula sekitar 3 ke -6 Darjah Celsius.
- Ibu Negara: Bandar Warsaw
- Agama rasmi: Kristian Katolik
-
Sudah mempunyai beberapa maklumat penting berkenaan Poland? Mari lihat universiti apa yang telah ditawarkan oleh Daulah Educonsult di Poland.
-
Medical University of Warsaw
Melihat pada namanya, sudah pasti bidang perubatan yang ditawarkan di universiti ini. Terletak di bandar utama Poland iaitu Warsaw. Universiti ini mampu untuk memberikan anda perasaan berada di tanah orang. Reka bentuk bangunan yang jauh berbeza dengan universiti di Malaysia menjadikan anda sememangnya berada di tempat orang kulit putih. Kemajuan yang ditunjukkan melalui reka bentuk universiti menyuarakan betapa pentingnya untuk terus ke hadapan dalam ilmu perubatan.
-
Medical University of Lodz
Universiti ini juga merupakan universiti yang menawarkan bidang perubatan kepada pelajar antarabangsa. Tidak seperti di Warsaw, meskipun mempunyai reka bentuk yang terkini, ia tidak dapat melawan kemewahan Medical University of Lodz. Jika anda memerlukan suasana pembelajaran yang tenang, inilah antara tempat yang sesuai untuk anda.
-
Warsaw University of Technolgy
Dibangunkan di sekitar kesibukan kota, universiti merupakan antara universiti yang memaparkan kebudayaan negara Poland. Ia adalah antara lokasi yang paling cantik untuk mengambil gambar. Universiti ini menawarkan bidang kejuruteraan kepada pelajar. Mempunyai kemudahan pengangkutan bas, anda pasti dapat mengelak daripada mengeluarkan wang yang banyak.
-
Vistula University
Selain Warsaw University of Technology, universiti lain yang menawarkan bidang kejuruteraan adalah Vistula University, persekitaran yang agak kondusif mungkin membuatkan anda berasa dalam keadaan yang nyaman.
-
Vincent Pol University
Bidang yang ditawarkan di sini adalag bidang pengurusan perniagaan antarabangsa. Jika anda berminat, anda boleh melanjutkan pengajian di sini kerana sekitarnya kurang bangunan-bangunan tinggi dan sangat mesra penduduk.
Setelah mengetahui tawaran-tawaran universiti yang ada, pastikan anda mengetahui bidang apa yang anda minati dan boleh melakukan permohonan. Tidak cukup dengan itu, anda juga perlu bersedia fizikal dan mental kerana agak sukar untuk mendapatkan makanan halal di sini. Selain kos sara hidup yang tinggi, peluang pekerjaan di Poland juga adalah lebih luas. Sekiranya anda mahu mendapatkan pekerjaan di Poland, ia tidak menjadi masalah kerana anda merupakan pelajar lepasan universiti di sana.
Mahu mengetahui cara pendaftaran kemasukan ke universiti dengan lebih lagi? Hubungi konsultan Daulah Educonsult. Agensi konsultasi pendidikan ini boleh dihubungi menerusi paparan di bawah. Untuk pengetahuan, selain Poland, terdapat beberapa buah negara lain yang ditawarkan. Antaranya adalah Indonesia, Rusia, Bangladesh dan Mesir.
Website : http://daulahmedic.com/ Facebook : Daulah Educonsult Youtube : Daulah Educonsult Email : daulahmedic@gmail.com Nombor pejabat : 03-92851322 Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322 Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)