Pada 28 Mei yang lalu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ di seluruh negara bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021. Lockdown ini akan dilaksanakan dengan menutup penuh sektor sosial dan ekonomi namun membenarkan sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu.

Sektor-sektor tersebut telah dibenarkan untuk beroperasi mengikut Majlis Keselamatan Negara. Antara sektor terlibat adalah:
-
-
- Makanan dan minuman (termasuk haiwan)
- Kesihatan dan perubatan (termasuk penokok diet dan veterinar/ penjagaan haiwan)
- Air
- Tenaga
- Keselamatan, pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan
- Pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam dan pembetungan
- Pengangkutan (darat, air dan udara)
- Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan kapal terbang
- Komunikasi – media, telekomunikasi dan internet, pos, kurier serta penyiaran
- Perbankan, insurans, takaful dan pasaran modal
- Kredit komuniti (pajak gadai dan Ar-rahnu)
- E-dagang dan teknologi maklumat
- Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir
- Hotel dan penginapan (terhad pada kuarantin/ pengasingan dan bukan pelancongan)
- Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
- Perkhidmatan perhutanan dan hidupan liar (terhad pada penguatkuasaan)
- Logistik (terhad kepada perkhidmatan perlu sahaja)
-
Tambahan daripada itu, sektor perkilangan hanya dibenarkan untuk yang kritikal sahaja seperti:
-
-
- Aeroangkasa (komponen dan MRO)
- Makanan dan minuman
- Bahan pembungkusan dan percetakan (terhad pada makanan dan kesihatan)
- Barang-barang penjagaan diri dan pencuci
- Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan
- Barang penjagaan diri/ PPE (sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran)
- Komponen peranti perubatan
- Elektrikal dan elektronik
- Minyak dan gas termasuk petrokimia dan produk petrokimia
- Mesin dan peralatan (berkaitan kesihatan dan makanan sahaja)
- Tekstil dan pengeluaran PPE sahaja
- Pengeluaran, penyulingan penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api atau pelincir
-
Bagi sektor pertanian, perikanan, penternakan perladangan serta komoditi lain, ia juga dibenarkan beroperasi. Ia termasuk kedai-kedai yang menjual baja dan racun, serta kilang memproses sawit dan pemandu pengangkutannya.
Tambahan daripada itu, kompleks membeli belah juga ditutup akan tetapi dibuka kepada tempat yang mempunyai seksyen makanan, minuman dan keperluan asas sahaja. Ianya turut merangkumi premis pasar raya, pasar raya besar, kedai serbaneka, kedai farmasi, kedai runcit yang mempunyai seksyen berkenaan.

Antara lain yang dibenarkan beroperasi adalah restoran, gerai dan outlet makanan, dobi (termasuk layan diri), kedai cermin mata dan barang optik, kedai hardware, bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti, e-dagang serta pemborongan dan pengedaran. Kebenaran beroperasi dibolehkan bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam sahaja.
Pengoperasian pasar:
-
-
- Pasar harian (6 pagi – 2 petang)
- Pasar segar terkawal (7 pagi – 12 tengah hari)
- Pasar tani kekal (6 pagi – 4 petang)
- MrFarm Outlet (6 pagi – 4 petang)
- Kompleks Pertubuhan Peladang Kawasan (6 pagi – 4 petang)
- Pasar Borong (12.01 tengah malam – 6 pagi dan 11 pagi hingga 4 petang)
- Operasi stesen minyak biasa (6 pagi – 8 malam)
- Operasi stesen minyak di lebuh raya (24 jam)
-
Kapasiti kenderaan persendirian dihadkan kepada dua wakil isi rumah sahaja termasuk pemandu bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan dan keperluan asas. Manakala bagi tujuan kesihatan dan perubatan kapasiti maksimum adalah tiga orang termasuk pesakit. Pergerakan terhad dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediaman namun jika tiada kemudahan, pergerakan dibenarkan yang paling hampir.
Kapasiti penumpang dan teksi dan e-hailing pula dihadkan kepada dua orang sahaja termasuk pemandu dan penumpang yang disyaratkan untuk duduk di kerusi belakang.
Taman asuhan kanak-kanak (Taska), taman didikan kanak-kanak (Tadika) dan taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) swasta di sekolah swasta, antarabangsa dan eskpatriat serta pusat perkembangan minda bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun dibenarkan beroperasi. Akan tetapi, ianya dikhaskan untuk petugas barisan hadapan serta ibu bapa yang kedua-duanya bekerja.
Sumber: MKN
Berminat untuk menjalankan pekerjaan sebagai rakan penghantar atau pemandu? Daftar sekarang bersama Safer. Safer membuka peluang untuk anda yang mahu kekal bekerja sebagai rakan penghantar dan pemandu.
Promosi ‘Zero Commission’ sedang dijalankan dan rakan penghantar dan pemandu tidak akan dikenakan sebarang caj penolakan komisen. Jika anda berminat untuk mengetahui promosi dengan lebih lanjut, hubungi Safer menerusi:
Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup