Aplikasi MySejahtera merupakan antara salah satu aplikasi yang sudah sebati bagi rakyat Malaysia. Ia diwujudkan oleh kerajaan Malaysia sejak bermulanya pandemik COVID-19 yang melanda negara. Aplikasi ini merupakan aplikasi pelbagai guna yang memudahkan urusan rakyat Malaysia.
Sehingga kini, setiap telefon pintar yang digunakan, akan ada aplikasi MySejahtera. Hal ini kerana kerajaan telah mewajibkan penggunaan MySejahtera di mana-mana tempat terutama premis perniagaan. Ia turut digunakan untuk mengimbas kod MySejahtera yang telah disediakan. Imbasan kod yang telah dilakukan akan disimpan datanya di dalam aplikasi.
Adapun begitu, berlaku kejadian di mana terdapat beberapa individu yang sedang bekerja telah dikompaun akibat tidak mengemas kini aplikasi MySejahtera. Masing-masing telah dikenakan kompaun kerana tidak mengemas kini status kesihatan di MySejahtera. Seramai 31 orang pekerja dari syarikat minyak dan gas serta kilang ayam di sekitar Sitiawan telah memperoleh kompaun tersebut.
Pekerja syarikat minyak dan gas dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 dan pekerja kilang telur dikenakan sebanyak RM1,500 setiap seorang. Mengikut laporan, kompaun telah diberikan kerana mereka tidak mengemas kini status kesihatan di aplikasi MySejahtera. Setelah sidang media dilakukan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), semua kompaun yang dikenakan disebabkan kesalahan tersebut telah ditarik balik.

Hal ini kerana, tidak mengemas kini status bukanlah satu kesalahan yang digariskan di dalam Akta 342. Kemas kini dikatakan tidak semestinya perlu kerana pemilik MySejahtera tidak dijangkiti COVID-19 atau kontak rapat bagi sesuatu kes.
Adapun begitu, beliau juga telah menasihati rakyat supaya mempunyai lebih rasa tanggungjawab. Meskipun kemas kini tidak diwajibkan, rakyat perlu sentiasa peka dengan perubahan yang telah berlaku di dalam aplikasi tersebut.
Baru-baru ini, tambahan ciri baharu telah dilakukan di dalam aplikasi MySejahtera. Perubahan tersebut adalah berkenaan kemas kini status ibu mengandung untuk proses vaksinasi.
Sumber: BERNAMA
Anda mahu jana pendapatan tambahan sepanjang PKP 3.0 berlangsung? Ayuh sertai Safer sebagai pengguna atau rakan penghantar serta pemandu sekarang! Anda berpeluang untuk jana pendapatan pasif pada bila-bila masa sahaja.
Peluang ini dibuka kepada anda yang sudah mendaftar dan telah berkongsikan referral code kepada mereka yang masih belum mempunyai akaun Safer. Untuk mengetahui promosi terkini yang sedang dijalankan oleh pihak Safer, ikuti Safer di mana-mana media sosial yang berikut:
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup