Anda berminat untuk sambung pengajian dalam bidang perubatan di universiti perubatan terbaik Rusia? Ayuh daftar kemasukan untuk sesi Jun/Julai tahun 2021. Universiti yang dimaksudkan adalah Kursk State Medical University merupakan sebuah universiti yang menawarkan bidang perubatan yang terletak di Rusia.
Seperti yang diketahui, negara-negara di Eropah mempunyai sukuan bahasanya yang tersendiri. Namun, di Kursk State Medical University, pelajar akan dapat melanjutkan pengajian dalam Bahasa Inggeris. Pelajar akan belajar bahasa Rusia mungkin untuk sekadar sampingan sahaja.
Kursk State Medical University atau KSMU merupakan salah satu universiti yang sangat mesra pelajar. Hal ini dapat dibuktikan dengan kemudahan yang telah ditawarkan kepada pelajar yang mahu melanjutkan pengajian di universiti tersebut. Sehingga kini, sudah ramai pelajar antarabangsa selain Malaysia yang telah mendaftar sebagai pelajar di KSMU.
Pelajar Malaysia juga adalah sangat ramai di sana. Hal ini dikatakan kerana selain menawarkan pengajian dalam bahasa Inggeris, yuran pengajian yang ditawarkan juga adalah sangat rendah berbanding universiti perubatan lain di sekitar Rusia. Dengan itu, ia menjadi pilihan para pelajar untuk melanjutkan pengajian di universiti ini.
Selain itu, permohonan kemasukan ke KSMU juga dibuka kepada pelajar lepasan SPM, IGCSE dan setaraf. Pelajar yang mahu mendaftar menggunakan keputusan SPM atau setaraf akan perlu untuk mengambil bidang pra-perubatan selama satu tahun dan diikuti dengan perubatan selama 6 tahun.
Kemasukan ke KSMU adalah memerlukan pelajar untuk mengambil subjek sains tulen seperti Biologi, Fizik dan Kimia. Bagi pelajar lepasan Asasi, Diploma, dan lain-lain lepasan setaraf, pelajar akan boleh terus mengambil bidang perubatan selama 6 tahun. Pengajian yang ditawarkan adalah di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.
Jika pelajar berminat, kelayakan kemasukan ke KSMU adalah seperti yang berikut:
- Lepasan SPM, IGCSE dan setaraf: Minimum B bagi semua subjek sains tulen
- Lepasan Diploma, Asasi, STPM: CGPA 3.0 dan ke atas
Selain menawarkan yuran pengajian yang rendah, pelajar juga akan menikmati pembayaran yuran yang tidak akan berubah sepanjang tahun pengajian. Hal ini kerana KSMU menerapkan yuran jenis LOCK FEE dan struktur yuran telah diberikan pada awal pendaftaran pelajar.
Kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh KSMU juga adalah sangat baik. KSMU mempunyai bangunan penginapan untuk pelajar tempatan dan antarabangsa. Dengan itu, pelajar tidak perlu bimbang untuk mencari rumah sewa. Makanan halal juga mudah untuk diperoleh pelajar.
Disebabkan pandemik yang melanda, pelajar akan mulakan pengajian secara dalam talian sehingga kenyataan lanjut dikeluarkan oleh pihak universiti. Dengan itu, pelajar akan mempunyai banyak masa untuk mempersiapkan diri sebelum terbang ke negara orang.
Jika anda berminat untuk menjadi salah seorang pelajar KSMU, anda boleh lakukan pendaftaran kemasukan menerusi pihak Daulah Educonsult. Daulah Educonsult sedia membimbing pelajar untuk merealisasikan impian pelajar untuk sambung belajar di luar negara. Selain KSMU, terdapat juga universiti lain yang ditawarkan. Pilihan bidang juga adalah pelbagai.
Jika anda mahu mendapatkan maklumat penuh berkenaan tawaran sambung pengajian di luar negara, anda boleh berhubung dengan konsultan Daulah Educonsult menerusi:
Website : http://daulahmedic.com/ Facebook : Daulah Educonsult Youtube : Daulah Educonsult Email : daulahmedic@gmail.com Nombor pejabat : 03-92851322 Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322 Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)