Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah menyebabkan penutupan beberapa sektor pekerjaan dan memaksa ia dijalankan secara dalam talian. Dalam pada itu, terdapat juga sektor yang beroperasi namun masa operasi telah dipendekkan. Terdapat juga di antara sektor yang terus tidak dapat beroperasi.

Anda boleh mendaftar bersama Safer kerana Safer tidak mengambil kira anda daripada golongan mana. Peluang dibuka kepada anda yang mahu jana pendapatan tambahan semasa PKP 3.0 berlangsung. Safer masih lagi membuka tawaran ini kepada anda di luar sana untuk menjadi salah seorang rakan penghantar Safer.

PELUANG PEKERJAAN DI SAFER

Apakah pekerjaan yang akan dilakukan oleh rakan penghantar Safer? Untuk pengetahuan, rakan penghantar Safer melakukan kerja penghantaran makanan dan barangan. Dua pekerjaan ini dilakukan di bawah perkhidmatan Safer Food dan Safer Delivery yang telah ditawarkan oleh pihak Safer.

Untuk menjadi rakan penghantar Safer, anda hanya perlu mengemukakan beberapa butiran dan perkara sahaja. Antara syarat kelayakan untuk menjadi rakan penghantar Safer adalah:
  • Mempunyai kenderaan seperti motosikal, kereta, van, lori dan lain-lain.
  • Memiliki lesen memandu yang sah.
  • Mempunyai telefon pintar dengan akses internet sama ada Android atau iOS.

Dengan memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan, anda boleh mengisi borang pendaftaran yang telah disediakan oleh pihak Safer. Pendaftaran boleh dilakukan menerusi pautan di bawah:

BACA JUGA :   Nikmati Dua Jenis Pendapatan Sebagai Rakan Penghantar Dan Pemandu Safer!

<< https://tinyurl.com/y9tj7vv2 >>

Selain mendaftar sebagai rakan penghantar, anda juga boleh mendaftar sebagai rakan pemandu jika memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Untuk menjadi rakan pemandu, anda perlu mempunyai:
  • Mempunyai motosikal atau kereta
  • Memiliki lesen memandu yang sah dan penuh.
  • Mempunyai telefon pintar dengan akses internet sama ada Android atau iOS.
  • Memiliki kenderaan dengan buatan tahun 2012 dan ke atas.
  • Mempunyai lesen PSV dan insurans e-hailing.

Tugas sebagai rakan pemandu adalah sedikit berbeza berbanding rakan penghantar.Jika rakan penghantar melakukan kerja penghantaran barang dan makanan, rakan pemandu akan menjalankan kerja penghantaran penumpang. Kerja penghantaran ini akan dilakukan di bawah perkhidmatan Safer Ride dan Safer Swift.

Anda boleh mendaftar dengan pelbagai jenama kereta dan pihak Safer akan mengkategorikan anda di bawah jenis yang berkenaan. Pendaftaran boleh juga dilakukan melalui pautan yang sama dan semua pendaftaran serta permohonan tidak mempunyai bayaran yang akan dikenakan.

Memandangkan Safer sedang menjalankan promosi ‘Zero Commission’. Anda yang telah mendaftar sama ada sebagai rakan penghantar atau pemandu Safer tidak akan dikenakan caj penolakan komisen. Oleh itu, melalui promosi ini, anda boleh mendapatkan pulangan penuh meskipun telah melakukan kerja penghantaran bersama Safer.

BACA JUGA :   Safer Food Tawarkan Pelbagai Jenis Makanan Kepada Anda

Rakan penghantar dan pemandu yang sudah berdaftar dan telah diaktifkan akaunnya akan perlu untuk memuat turun aplikasi Safer Driver. Melalui aplikasi ini, rakan penghantar dan pemandu akan menerima status pekerjaan masuk dan semakan kerja pernghantaran.

Selain daripada itu, aplikasi ini juga boleh mendatangkan pendapatan pasif kepada rakan penghantar dan pemandu. Pendapatan pasif ini boleh dijana dengan melakukan perkongsian referral code kepada mereka yang masih belum mempunyai akaun Safer. Anda akan berpeluang untuk menerima 1% pulangan daripada jumlah pembayaran penuh yang telah dilakukan oleh pendaftar referral.

Oleh itu, pastikan anda sebarkan referral code anda tidak mengira kepada keluarga atau rakan. Lebih ramai yang mendaftar menggunakan kod anda, lebih tinggi pulangan yang bakal anda terima. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas, anda boleh berhubung dengan pihak Safer menerusi mana-mana platform yang telah dinyatakan di bawah.

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here