Baru-baru ini, telah tular satu berita di mana sebuah pesawat Israel melintasi ruang udara Malaysia. Rakyat Malaysia yang prihatin dengan perkara ini telah menularkan berkenaan perkara ini di media sosial. Setelah ianya tular, pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengeluarkan kenyataan pengesahan.

Mengikut MOT, pesawat Israel yang telah melintasi ruang udara Malaysia tidak menunjukkan corak penerbangan tidak normal atau berlegar-legar di ruang udara Malaysia. MOT turut memaklumkan bahawa pesawat tersebut telah mengikuti laluan penerbangan komersial yang digunakan oleh kebanyakan pesawat awam ketika melintasi ruang udara Malaysia.

Adapun begitu, menurut kelulusan penerbangan yang telah diberikan, pesawat tersebut tidak dibenarkan untuk mendarat atau berlegar-legar di ruang udara Malaysia. MOT turut memberitahu bahawa pesawat itu sudah tidak kembali ke ruang udara Malaysia setelah tiba di destinasinya iaitu Singapura.

BACA JUGA :   Bagaimana Pelaburan China Berjaya Transformasikan Ekonomi Malaysia ?

Belum sempat seminggu, telah tular pula dengan kehadiran pesawat dari China yang melalui Zon Maritim Malaysia (ZMM). Mengikut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), sebanyak 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) menghampiri ruang udara Malaysia.

Pesawat itu dikatakan memasuki ruang udara ZMM Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional. Ia dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika antara satu sama lain. Ia merupakan formasi panjang yang menggunakan haluan sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar.

ZMM Sabah Sarawak

Adapun begitu, pesawat didapati mengubah arah penerbangan ke ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara. Pemintasan telah dilakukan oleh pihak TUDM menerusi Operasi Curiga TUDM. Dalam pada itu, tindakan telah diambil oleh pihak Kementerian Luar.

BACA JUGA :   Israel Umum Jalin Hubungan Diplomatik Rasmi Dengan UAE

Kementerian Luar dikatakan telah mengeluarkan nota diplomatik kepada kerajaan China bagi membantah pencerobohan pesawat. Duta Besar China juga akan dipanggil untuk memberikan penerangan berkenaan perkara ini. Tindakan dilakukan berikutan menegakkan kedaulatan dan maruah negara.

Sumber: BERNAMA

Anda berminat untuk sambung pengajian dalam bidang kejuruteraan pesawat di Moscow Aviation Institute, Rusia di peringkat Ijazah Sarjana Muda? Ayuh daftar permohonan bersama Daulah Educonsult.

Dengan hanya berbekalkan keputusan percubaan SPM, anda sudah boleh memohon! Pastikan anda mendapatkan khidmat konsultasi percuma dari pihak Daulah Educonsult. Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi:

Website : http://daulahmedic.com/   
Facebook : Daulah Educonsult   
Youtube : Daulah Educonsult  
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322 
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322  
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here