Tahukah anda, kebanyakan institusi di luar negara telah menutup permohonan kemasukannya. Namun, jika anda masih berminat untuk menyambung pengajian di luar negara dan memerlukan masa persediaan yang lebih panjang, anda boleh mendaftar bagi tahun 2022.

Adapun begitu, jika ada di kalangan anda yang masih berminat untuk sambung pengajian bagi tahun 2021 pada sesi September, permohonan masih lagi dibuka. Namun, hanya beberapa pilihan universiti sahaja yang masih dibuka. Antara universiti tersebut adalah Universitas Sumatera Utara.

Tempoh permohonan telah dilanjutkan dari tarikh asal, dan jika anda benar berminat, pastikan anda mendaftar segera kerana tarikh akhir permohonan adalah pada hari esok. Selain daripada Universiti Sumatera Utara, Indonesia. Universiti di sekitar Rusia juga masih membuka permohonan bagi sesi September 2021.

BACA JUGA :   Pengajian Tanpa Sijil SPM Dan STAM Menerusi Program Madrasah Daulah.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan pihak Daulah Educonsult menerusi mana-mana platform tertera di hujung entri. Anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan cara permohonan, struktur yuran pengajian, cara pengurusan dan lain-lain lagi.

Anda juga boleh menjalankan sesi konsultasi secara percuma bersama konsultan Daulah Educonsult. Anda hanya perlu berhubung dengan mana-mana konsultan Daulah Educonsult dan mereka sedia membantu anda.

Berbalik kepada tawaran sambung belajar luar negara pada tahun 2022, terdapat pelbagai bidang pengajian yang telah ditawarkan kepada pelajar. Antara bidang pengajian yang boleh dipilih pelajar adalah:

      • Perubatan
      • Pergigian
      • Farmasi
      • Veterinar
      • Pengajian Islam
      • Kejuruteraan Pesawat
      • Kejuruteraan Mekanikal
      • Pengurusan Perniagaan Antarabangsa
      • Dan lain-lain

Pilihan negara pula terdiri daripada negara Indonesia, Rusia, Poland, Bangladesh dan Mesir. Universiti-universiti yang telah ditawarkan pihak Daulah Educonsult menawarkan peluang pengajian yang berbeza. Oleh yang demikian, pelajar perlu mendapatkan maklumat yang penuh melalui konsultan Daulah Educonsult.

BACA JUGA :   Ketahui Kepentingan Pengiktirafan Dari Agensi Kelayakan Malaysia Jika Mahu Sabung Belajar Di Universiti

Peluang sambung belajar ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM, IGCSE, O-Level, IB, Matrikulasi, Diploma, STPM, STAM, Asasi dan lain-lain lepasan setaraf. Syarat kelayakan permohonan adalah berbeza mengikut kos pengajian dan universiti. Untuk mendapatkan maklumat penuh, hubungi konsultan Daulah seperti yang dilampirkan di bawah.

Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi:

Website : http://daulahmedic.com/   
Facebook : Daulah Educonsult   
Youtube : Daulah Educonsult  
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322 
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322  
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here