Farah Ann Abdul Hadi merupakan ratu gimnastik negara sudah selamat tiba di tanah air dari Tokyo. Kepulangannya ke tanah air selepas pendaratan awal kurang menjadi di Sukan Olimpik Tokyo 2020, di Jepun.
Gimnas tersebut selamat tiba di tanah air bersama jurulatihnya iaitu Nataliya Sinkova. Beliau diwajibkan untuk menajalankan kuarantin kendiri selama 14 hari mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Farah Ann terlepas peluang akhir beraksi dalam acara akhir all-around wanita apabila berada di kedudukan ke 68 daripada 85 peserta. Walaupun begitu, begitu telah mengumpul mata dalam apparatus palang bertingkat sebanyak 11.600 mata, palang imbangan sebanyak 11.566 mata, disiplin senam lantai sebanyak 12.233 mata, sebelum meraih mata tertinggi dalam disiplin melombol sebanyak 13.166 mata.
Namun begitu, kegagalan itu menjadi semangat baru buat Farah Ann. Beliau jelas mengatakan bahawa ada sedikit kesilapan awal yang dilakukan tetapi beliau sudah cuba sehabis baik untuk menamatkan saingan yang sedang berlangsung. Beliau juga tetap berasa syukur dapat bertanding walaupun di tahap itu sahaja.
Beliau juga mengatakan bahawa dia perlu meneruskan perjuangannya ke acara seterusnya dan tidak boleh berpatah balik selepas pendaratan awalnya tidak menjadi. Perjuangannya diteruskan kerana sokongan dan semangat yang diterima daripada orang ramai.
Selain itu, kepulangannya diikuti oleh gimnas lelaki negara iaitu Jeremiah Loo Phay Xing yang beraksi dalam acara all-around lelaki apabila gagal melayakkan diri ke pusingan akhir dengan kedudukan ke-62 daripada 66 peserta.
Sumber: Astro Awani
Anda tidak tahu nak buat apa sepanjang PKP berlangsung? Selain meluangkan masa bersama keluarga, anda juga boleh mengisi masa luang anda dengan membaca buku. Membaca merupakan suatu amalan mulia. Secara tidak langsung, anda boleh menambah ilmu.
Jom dapatkan buku dari Daulah Ilmi. Anda hanya perlu ke aplikasi shopee Daulah Ilmi atau klik di pautan berikut.
<<< https://shopee.com.my/daulahilmi >>>