Berlaku di Johor Bahru, salah seorang penduduk warganegara India, Saroginy, 68 tahun terpaksa membuang perasaan malu untuk mengibarkan bendera putih demi kelangsungan hidup. Hal ini kerana duit simpanan semakin susut dalam menyara dua daripada empat orang anaknya yang mengalami masalah mental.

Menurut Saroginy yang juga merupakan ibu tunggal, dia perlu menjaga seorang anaknya yang mempunyai masalah mental ini dan perlu membawanya mendapatkan rawatan berkala. Seorang lagi anaknya yang mempunyai masalah mental sudah pun menetap di Hospital Permai. Walaupun begitu, dia masih bersyukur kerana masih diterima bekerja sebagai tukang cuci dan diberi tempat tinggal oleh majikannya.

Sementara itu, Nur Husna yang merupakan ibu kepada tiga orang anak mengalami gangguan emosi akibat suaminya yang terpaksa berhenti bekerja akibat penutupan kilang. Dia mengatakan kehidupan keluarganya kini terdesak dan memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupannya sekeluarga.

BACA JUGA :   Ini Sebab Kenapa Muhyiddin Tolak Tawaran Jadi MB Johor

Awalnya Nur Husna malu untuk menggunakan bendera putih tetapi apabila difikirkan semula dia memang memerlukan bantuan. Bendera putih tersebut juga telah dinaikkan  setelah mendapat sokongan daripada jiran dan ketua blok.

Sementara itu, Pengurus Besar Econsave, Mas Imran Adam masih dalam usaha memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan di seluruh negara. Antara bantuan yang dihulurkan adalah seperti bantuan barangan keperluan dan barangan dapur (beras, tepung,gula, kopi, biskut, telur, sardin dan sayur-sayuran). Beliau juga berkata bahawa 200 keluarga di Johor telah mendapat bantuan manakala 500 buah keluarga sudah mendapat saluran bantuan.

Sumber: BERNAMA

Anda mahu menjana pendapatan tambahan semasa PKP masih lagi berlangsung? Ayuh jadi sebahagian daripada frontliner rakyat Malaysia! Safer masih lagi mencari rakan penghantar dan pemandu untuk menjalankan kerja-kerja penghantaran.

BACA JUGA :   Muar Kini Diiktiraf Sebagai Bandar Pelancongan 'Terbersih' Di Asia Tenggara

Selain menjana pendapatan melalui kerja-kerja penghantaran, rakan penghantar dan pemandu juga berpeluang untuk jana pendapatan pasif. Selain itu, Safer juga menawarkan promosi ‘Zero Commission’ di mana tiada caj penolakan komisen yang akan dikenakan oleh pihak Safer. Mahu ketahui tawaran ini dengan lebih lanjut? Hubungi pihak Safer di:

Customer Service: 011-20586389
LiveChat Safer: https://www.safer.my/
Official Website: https://safer.asia/
Facebook: https://www.facebook.com/saferasia/
Instagra: https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter: https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here