Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyatakan tujuh tuntutan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk diberi perhatian.

Menurut Presiden GAMIS iaitu Muhammad Arif Hakimi, mahasiswa menerima baik komitmen kerajaan untuk melibatkan anak muda dalam agenda pemulihan negara. Perkara ini membawa perhatian kerajaan berkenaan isu yang melibatkan mahasiswa pada ketika ini.

Tujuh tuntutan mahasiswa kepada KPT adalah seperti berikut:

  1. Pemakluman SOP yang jelas kepada mahasiswa. Ini membolehkan ereka membuat persediaan sebelum bermula semester baru.
  2. Kemudahan suntikan vaksin secara walk-in kepada mahasiswa yang masih belum mendapatkan vaksinasi. Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di beberapa buah universiti antara yang boleh digunakan.
  3. Membenarkan kemudahan di kampus digunakan seperti gymnasium, perpustakaan dan kafe.
  4. Penangguhan bayaran balik PTPTN selama enam bulan untuk meringankan beban graduan.
  5. Inisiatif daripada PTPTN yang mengumumkan akan membantumengurangkan beban mahasiswa dan graduan.
  6. Kerjasama antara kementerian dan pihak universiti untuk memantau dan menguruskan masalah mental dan sosial mahasiswa serta memperkasakan graduan dengan kerjasama pihak industri bagi meningkatkan nilai kebolehpasaran graduan.
  7. Kerajaan mengembalikan bantuan one-off seperti baucer buku RM250, serta memasukkannya sebagai salah satu peruntukan dalam Belanjawan Negara 2022.

Berkenaan tuntutan berikut, mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) berharap agar kerajaan memandang tuntutan ini dengan lebih serius dan bertaggungjawab dalam memastikan kebajikan mahasiswa terbela.

BACA JUGA :   3 Tips Untuk Menjadi Usahawan Berjaya Bermula Dari Alam Universiti

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan kemasukan ke universiti luar negara, anda boleh berhubung dengan pihak Daulah Educonsult menerusi pautan berikut.

Website : http://daulahmedic.com/   

Facebook : Daulah Educonsult   

Youtube : Daulah Educonsult  

Email : daulahmedic@gmail.com  

Nombor pejabat : 03-92851322 

Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322  

Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here