Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku presiden Pejuang, menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar memberi tumpuan terhadap langkah menangani krisis ekonomi dan kesihatan.
Parti Pejuang Tanah Air ini mendahulukan kepentingan rakyat. Pejuang ini berpendirian untuk tidak mahu ikut campur dalam apa-apa perkembangan yang telah dicetuskan oleh pelbagai ahli politik.
Sebelum ini, Majlis Kerja Tinggi UMNO membuat keputusan untuk berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong. Mereka juga tidak akan berpihak kepada Kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ini merupakan satu usulan daripada presiden UMNO sendiri iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di mana kerajaan pimpinan Muhyiddin adalah gagal di mata rakyat. Keputusan yang dibuat ini adalah selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.
Sumber: Astro Awani
Anda tidak tahu nak buat apa sepanjang PKP berlangsung? Selain meluangkan masa bersama keluarga, anda juga boleh mengisi masa luang anda dengan membaca buku. Membaca merupakan suatu amalan mulia. Secara tidak langsung, anda boleh menambah ilmu.
Jom dapatkan buku dari Daulah Ilmi. Anda hanya perlu ke aplikasi shopee Daulah Ilmi atau klik di pautan berikut.
<<< https://shopee.com.my/daulahilmi >>>