Tahukah anda peluang kemasukan pelajar ke universiti luar negara kini adalah terhad, terutama sekali bagi kemasukan ke Kursk State Medical University. Peluang ini dibuka kepada pelajar aliran Sains lepasan SPM/ IGCSE/ O-Level @ STPM, Diploma, Asasi, Matrikulasi, A-Level dan setaraf yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang pra-perubatan dan perubatan.

Kursk State Medical University (KSMU) ini merupakan universiti terbaik pilihan Daulah Educonsult kepada pelajar. Ini kerana KSMU telah mendapat pengiktirafan oleh WHO, KPT, MQA, JPA dan agensi kesihatan Malaysia yang lain. KSMU juga merupakan salah satu “TOP 10” universiti perubatan di Rusia.

Oleh yang demikian, pelajar yang berminat dan ingin membuat kemasukan pada bulan September 2021 boleh berhubung dengan agensi Daulah Educonsult dengan segera. Anda juga perlu lampirkan Slip Keputusan SPM/ IGCSE/ O-Level @ STPM, Diploma, Asasi, Matrikulasi, A-Level dan setaraf dengannya untuk pihak konsultan Daulah Educonsult akan membuat semakan kelayakan.

BACA JUGA :   Peluang Bergelar Doktor Di Universiti Terbaik Di Rusia - Kemasukan September 2022

 

Di samping itu, pelajar juga perlu tahu syarat kelayakan untuk kemasukan ke KSMU.
  • Pelajar lepasan SPM, IGCSE, O-Level dan setaraf: Memperoleh Gred B bagi setiap subjek wajib Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan
  • Pelajar lepasanSTPM, Diploma, Asasi, Matrikulasi, A-Level dan setaraf: Memperoleh minima CGPA 3.00 dan ke atas

Bagi lepasan SPM/ IGCSE/ O-Level dan setaraf, pelajar akan bermula dengan pra-perubatan terlebih dahulu selama satu tahun sebelum ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Manakala, bagi lepasan STPM/ Diploma/ A-Level dan setaraf, pelajar boleh terus membuat permohonan untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Bukan itu sahaja, Kursk State Medical University boleh menjadi tempat pengajian yang terbaik untuk anda lanjutkan pengajian dalam bidang pra-perubatan dan perubatan. Universiti ini juga mempunyai kelebihan yang tersendiri, Antaranya:

  • Yuran pendaftaran adalah tetap
  • Mempunyai kemudahan asrama yang kondusif
  • Fasiliti dan kemudahan di tempat belajar adalah lengkap
  • Pembelajaran sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris
  • Terdapat empat kali kemasukan iaitu Februari, April, Jun dan Septemper.

Selain daripada KSMU, Daulah Educonsult juga menawarkan bidang perubatan di Volgograde State Media University dan I.M Sechenov First Moscow Medical University di Rusia. Di Indonesia, tawaran universiti adalah Universitas Sumatera Utara, Universiti Airlangga dan Universitas Hasanuddin. Di Poland pula, universiti yang ditawarkan adalah Medical University of Lodz dan Medical University of Warsaw.

BACA JUGA :   Bidang Perubatan Bagi Lepasan SPM/IGCSE/IB/ASASI/MATRIKULASI/STPM/DIPLOMA & Setaraf

Justeru, untuk maklumat yang lebih mendalam dan teliti, pelajar boleh melayari mana-mana platform media sosial Daulah Educonsult. Pelajar juga boeh menghubungi agensi Daulah Educonsult menerusi talian tertera.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here