Tahniah kepada pasangan yang bakal menerima cahaya mata baru. Ketika usia kandungan sudah mencecah ke tujuh bulan, pasti para ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata sibuk membeli kelengkapan bayi dan persediaan untuk ibu berpantang. Bagi ibu yang baru mengandungkan anak pertama, sudah pasti bercampur perasaan kan? Pelbagai persiapan ingin disediakan. Everything must be complete!

Walaubagaimanapun, pastikan anda memenuhi keperluan yang penting terlebih dahulu sebelum membeli barang untuk bergaya. Barangan penjagaan bayi dan keperluan ibu semasa melahirkan amat penting untuk disediakan secara sempurna sebelum ke hospital bagi memudahkan segala urusan bersalin.
Oleh yang demikian, bagi mengelakkan kerisauan, kekalutan apatah lagi pembaziran ketika membeli dan menyediakan barangan tersebut, URIGO ingin berkongsi sedikit checklist keperluan baby dan mommy ke hospital.
SENARAI BARANG KEPERLUAN BABY ? DI HOSPITAL
Klik di sini lihat senarai barang.
Siap packing macam dalam gambar di bawah ni, senang, tak perlu nak tercari-cari satu per satu dalam beg cari baju la, seluar la. Kelam kabut nanti dibuatnya. Waktu sebegini para ibu memerlukan perkara yang mudah dicapai dan tidak memenatkan. Beg plastik yang dicadangkan seperti di gambar 1 sebenarnya mudah dibeli di IKEA.
Jadi, sambil-sambil bershopping tu sebenarnya ibu-ibu boleh exercise berjalan. Lagi dekat waktu nak due, lagi banyak kena berjalan. Baru mudah waktu nak bersalin. InsyaAllah. Ok, semua barang yang diletakkan dalam beg plastik tu, nanti boleh refill balik baju-baju yang dah kotor. Ibu-ibu akan mudah dan senang hati nak buat kerja nanti. Tak pun minta tolong suami bantu. Bahagia kan?








SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU BERSALIN DI HOSPITAL
Klik di sini lihat senarai barang.
Mahu memuliakan kelahiran anak?
My Urigo Services antara syarikat yang menawarkan servis pengurusan uri bayi, terapi postnatal bagi ibu selepas bersalin, majlis tahnik dan akikah.
Boleh hubungi My Urigo Services dan tempah slot anda sekarang di:
-
- Whatsapp: +6011-2072 9609
- Website: www.myurigo.com
- Facebook: URIGO
Semoga kehidupan anak dan keturunan kita menjadi mulia dan diberkati Allah S.W.T.
