Penguasaan berbahasa dilihat sebagai salah satu perkara yang penting. Manakan tidak? Jika di Malaysia kita sendiri mempunyai subjek Bahasa Melayu sebagai subjek utama semasa di bangku sekolah. Selain itu, Bahasa Inggeris pula menjadi bahasa kedua rakyat Malaysia.
Bahasa yang boleh didefinisikan sebagai tanda bunyi untuk menyampaikan pemikiran, isi hati, idea dan pelbagai mesej yang digelar sebagai medium komunikasi antara manusia. Jika di Malaysia, kita hanya akan mendengar Bahasa Melayu dan Inggeris sahaja dalam kebanyakan perbualan harian.

Namun, jika kita keluar dari Malaysia bahkan jika menyambung ke peringkat yang lebih tinggi, adalah mustahil untuk tidak mempunyai subjek seperti ‘Bahasa Ketiga’. Sebagai contoh, jika anda menjadi pelajar di UiTM, anda boleh memilih bahasa yang ditawarkan untuk mempelajarinya.
Secara amnya, pelajar akan mempelajari bahasa yang dipilih tersebut dalam masa 3 semester. Tawaran bahasa terdiri daripada Bahasa Jepun, Arab, Mandarin, Sepanyol, Itali dan lain-lain. Untuk makluman anda, bahasa-bahasa yang ditawarkan ini merupakan antara bahasa yang paling banyak atau paling ramai penggunanya di dunia.
Oleh itu, ayuh ketahui bahasa apakah yang menduduki takhta pertama dalam carta paling banyak bahasa yang digunakan.
-
- Bahasa Mandarin

Mempunyai anggaran sekitar 1.09 bilion pengguna, penggunaan bahasa ini dipengaruhi oleh kadar populasi China yang tinggi. Dalam pada itu, ia telah menjadi bahasa lisan rasmi bagi negara China, Taiwan dan Singapura.
-
- Bahasa Inggeris
Bagi masyarakat negara Malaysia, bahasa Inggeris adalah antara bahasa yang paling ramai digunakan di negara ini. Dalam pada itu, ia turut menjadi antara bahasa paling banyak digunakan. Boleh dikatakan, bahasa Inggeris ini antara bahasa komunikasi yang mampu untuk menyatukan dua benua.
-
- Hindustani (Hindi/Urdu)
Di sebelah India Utara dan Pakistan pula ada bahasa Hindustasi. Mengikut sumber, bahasa ini digunakan oleh sekurang-kurang 540 juta pengguna. Selain itu, bahasa ini turut digunakan oleh negara Mauritius, Fiji, Suriname, Guyana, Trinidad & Tobago dan Nepal.
-
- Bahasa Sepanyol
Merupakan bahasa rasmi bagi kesatuan Eropah, ia berasal dari keluarga Indo-European dan Romanik. Bahasa ini merupakan antara bahasa yang sukar untuk dipelajari, namun ia juga banyak meminjamkan kosa katanya kepada bahasa Inggeris.
-
- Bahasa Arab
Muncul pada zaman besi di barat laut Arab, ia telah menjadi bahasa perantara bagi negara-negara di tanah Arab. Dalam pada itu, ia juga merupakan bahasa Quran dan menjadi bahasa rasmi bagi agama Islam.
-
- Bahasa Melayu
Pernah menjadi lingua franca, bahasa Melayu telah digunakan oleh sekitar 280 juta penduduk bumi. Berada dalam keluarga Austronesia dan Malayo-Polynesian, ia adalah bahasa kebangsaan di Malaysia dan antara bahasa utama di Brunei, Singapura dan salah satu bahasa di Indonesia.
-
- Bahasa Rusia
Negara Rusia yang merupakan negara terbesar dunia haruslah mempunyai bahasanya yang tersendiri. Bahasa Rusia juga ditetapkan sebagai bahasa rasmi di Kazakhstan, Kirgizstan, dan Belarus.
Anda berminat untuk sambung belajar di Rusia? Ayuh dapatkan maklumat lanjut berkenaan tawaran sambung belajar di Rusia bersama Daulah Educonsult. Antara bidang yang ditawarkan di Rusia adalah perubatan, kejuruteraan pesawat dan pengurusan perniagaan antarabangsa.
Pihak Daulah Educonsult dihubungi menerusi:
Website : https://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)
[su_gmap responsive=”no” address=”No.1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, Kuala Lumpur.” zoom=”21″ title=”Lokasi Daulah Educonsult”]