Kerjaya sebagai seorang doktor adalah satu pekerjaan yang mulia. Tambahan, tidak semua manusia diberi peluang untuk memegang title ini. Hanya mereka yang kuat mental dan fizikal sahaja layak. Hal ini kerana fungsi utama seorang doktor adalah untuk mengekalkan kesihatan umum. Oleh itu, doktor itu sendiri perlu lebih arif dalam menjaga kesihatan dirinya.
Tempoh pengajian juga tidak kurang dari 6 tahun, dengan kos pengajian yang agak tinggi. Namun terdapat beberapa universiti yang menawarkan kos pengajian yang rendah terutama di universit di luar negara. Univesiti di dalam negara juga bagus, namun anda mungkin terpaksa bersaing dengan pelajar yang jauh lebih ramai. Hal ini kerana, tidak semua pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke universiti di luar negara.
Kursk State Medical University (KSMU) yang terletak di Rusia menyediakan peluang melanjutkan pengajian dalam bidang pra perubatan dan perubatan khas untuk pelajar yang berminat. Universiti perubatan ini antara universiti yang sering menjadi perhatian pelajar perubatan disebabkan kemampuannya melahirkan graduan perubatan yang hebat.
Status Pengiktirafan
Universiti ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada WHO,KPT, MQA, JPA, MMC, dan MDC. Status pengiktirafan ini adalah sangat penting kerana sekiranya anda ingin melakukan housemanship di Malaysia tidak akan ada sebarang masalah. Tambahan, graduan lepasan KSMU ini diterima di hampir semua negara di dunia.
Lepasan
Pelajar yang layak memohon adalah terdiri daripada pelajar lepasan SPM / IGCSE / O – Level / STPM/ Asasi / Matrikulasi / Diploma / A – Level dan setaraf. Syarat kelayakan bagin pelajar lepasan SPM dan setaraf adalah minimum B bagi semua subjek seperti Biologi, Fizik, Kimia & Matematik / Matematik Tambahan.
Bagi pelajar lepasan STPM dan setaraf pula, dengan CGPA 3.0 dan ke atas, anda sudah layak melakukan permohonan. Jika keputusan anda kurang sesuai dan memuaskan, jangan berputus asa , anda dipersilakan untuk jalani sesi konsultasi bersama konsultan terbaik di Daulah Educonsult untuk rancang masa depan anda. Mereka adalah konsultan terlatih yang akan membantu merangka perjalanan karier anda.
Kemasukan seterusnya adalah pada September 2022. Namun pelajar sudah boleh mula melakukan pendaftaran bermula sekarang. Kuota yang ditawarkan juga terhad untuk beberapa jumlah sahaja. KSMU adalah sebuah universiti perubatan yang terletak di Kursk, Rusia dan kuliah dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Jika anda tidak fasih berbahasa Rusia, ianya bukan satu maslaah untuk anda menjalani sesi pembelajaran.
Kelebihan Melanjutkan Pengajian di KSMU
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)