Pasti pelajar-pelajar di luar sana teringin dan berimpian untuk ke negara mesir kan? tahukah anda, negara mesir ini merupakan tempat pelancongan yang dapat memikat hati para pelancong dari Malaysia dan serata dunia tau. Mesir boleh dianggap sebagai destinasi percutian eksotik kerana negara tersebut kaya dengan sejarah yang menarik.

Piramid, mumia dan artifak yang bersejarah, patung-patung tuhan yang eksotik sudah tentu anda akan merasa seolah-olah berada di zaman dahulu yang penuh dengan sejarah.

Jom, admin kongsikan kepada anda 5 tempat-tempat yang menarik boleh anda kunjungi !

  1. SUNGAI NIL

Disini lah, nabi Musa A.S pernah dihanyutkan oleh ibunya selepas sahaja Firaun perintahkan semua kanak-kanak lelaki perlu dibunuh.

Tempat menarik di Mesir yang pertama wajib anda kunjungi adalah Sungai Nil kerana di sungai ini terdapat banyak sejarah dari kisah-kisah nabi, antaranya adalah nabi musa yang dihanyutkan ke sungai nil oleh ibunya bagi mengelakkan anaknya dibunuh.  Semasa berada di Sungai Nil ini pasti anda akan merasa tertarik dengan suasana dan persekitaran kerana Sungai Nil ini merupakan jantung kehidupan penduduk di Mesir memandangkan seluruh penduduk Mesir adalah tertumpu di Sungai Nil.

  1. KAHERAH

Universiti Al-Azhar yang terkenal dengan ilmuwan Islam terkemuka dunia juga, terletak di kota Kaherah

Kaherah ini pula adalah  ibu kota Mesir iaitu pusat ilmu dan pusat pengetahuan agama Islam yang tersohor sejak zaman kenabian lagi dan sehingga ke hari ini menjadi kota ilmu Islam yang menjadi tumpuan di seluruh dunia.  Selain itu, Universiti Al-Azhar juga tersohor dan memegang gelaran sebagai universiti tertua di dunia yang terletak di sini, Kaherah juga pasti akan memukau anda dengan bangunan lama dengan seni bina dan reka bentuk islam yang sangat menarik

  1. PIRAMID

Bila anda melancong ke mesir, anda perlu melawat piramid-piramid yang ada mesir ini kerana sangat menarik dengan reka bentuk dan suasana. Piramid di mesir ini ada 2 iaitu Piramid Agung Giza dan Piramid Sphinx, kedua-dua piramid ini adalah yang paling terbesar di mesir.

BACA JUGA :   Permohonan Kemasukan Ke Universiti Terbaik Di Rusia Masih Dibuka
Piramid Giza satu-satunya piramid yang permukaan berbentuk mencengkung berbanding yang lain yang mempunyai permukaan rata.
Orang Arab memanggil Sphinx sebagai Abu Al-Hawl yang telah dibina oleh Raja Khafra         
  1. LUXOR

Terkenal dengan gelaran “Kota Yang Hidup”

Luxor adalah sebuah bandar kuno yang terletak di Heliopolis Selatan. Luxor ini adalah satu kawasan perlancongan yang sentiasa dipenuhi oleh para pelancong setiap hari, selain itu di sini juga terdapat banyak tapak bersejarah Mesir Kuno. Antara tapak bersejarah adalah: –

Banyak juga tempat pelancongan seperti muzium terbuka terbesar di dunia.
  1. LAUT MERAH

Jangan lepaskan peluang anda untuk melawat Laut Merah yang sangat bersejarah ini.  Anda pasti tahu mengenai kisah Nabi Musa yang membelah laut dengan tongkatnya kan? apa yang dicatat di dalam Al-Quran, kejadian membelah laut ini berlaku di Lautan laut Merah. Jadi ia sangatlah rugi kalau anda tidak melawat ke sini.

Di sini juga anda boleh menaiki cruise untuk menyusuri Laut Merah yang indah dengan suasana yang mengasikkan ini. untuk ahli- ahli penyelam skuba, Laut Merah adalah lokasi selam skuba yang sangat eksotik kerana batu karang dan hidupan marin yang sangat unik selain kadar garam yang tinggi, Kalau anda seorang yang menyukai aktiviti skuba diving dan lain-lain jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyelam.

BACA JUGA :   Budaya Kehidupan Orang di Indonesia

Jika anda inginkan pengalaman sebenar berada di bumi para Anbiya’ dan fahami lebih banyak perkara baru di sini, anda boleh melanjutkan pengajian dalam peringkat ijazah sarjana muda di Mesir. Tapi, anda tak pasti universiti yang menjadi pilihan? Jangan bimbang, Daulah educonsult sedia membantu anda!

Jika anda inginkan matlumat lanjut, anda boleh hubungi nombor konsultan di bawah: –

? Pejabat: 03-92851322

? Customer Service: bit.ly/konsultandaulah-e

? Konsultan utama: 013-2090322 (Tuan Syed)

? Konsultan Daulah:  018-3845685 (cik zuraini

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here