Adab menziarahi orang sakit adalah serangkaian tata cara dan sikap yang dianjurkan dalam Islam ketika mengunjungi orang yang sedang sakit sama ada di hospital, rumah atau di mana-mana sahaja.
-
Menziarahi mengikut Sunnah Rasululah SAW
Dalam apa kita laukukan dalam hidup seharian, pastikan niat kita bersih, suci dan ikhlas hanya kerana Allah dan mahu mengikuti sunnah Rasulullah SAW.
menyerupai juga dalam halnya menziarahi orang sakit ini. Kita juga perlu ikhlas dalam melakukannya semata-mata kerana Allah.
-
Bertanya Khabar Kesihatan Kepada Keluarga Orang Sakit
Menjelaskan bahwa menjadi sunnah bagi orang berziarah untuk bertanya khabar Kesihatan kepada keluarga orang yang sakit itu.
Sabda Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam: “Sesiapa yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]
-
Jaga kebersihan diri
Pastikan sebelum menziarahi orang sakit, mencuci tangan sebelum memasuki ruang tempat orang sakit itu. Hal ini, untuk menghindari penyebaran kuman dan efeksi. Jika Anda merasa tidak sihat atau sedang dalam keadaan kurang baik, lebih baik tidak melawat hingga Anda pulih.
Kebersihan juga penting untuk kita sebagai menziarah, bagi seorang muslim, tentunya Kebersihan adalah sebahagian daripada iman dan menjadi penunjang kepada perjuangannya dalam menegakkan kehendak agamanya di permukaan bumi ini. Dengan erti bahawa kekotoran itu adalah salah satu di antara musuh utama agamanya.
-
Bawa oleh-oleh atau buah tangan
Membawa oleh-oleh kecil atau buah tangan dapat menunjukkan rasa perhatian dan kepedulian terhadap pesakit yang anda menziarah . Ini tidak perlu sesuatu yang mahal, cukup sesuatu yang sederhana dan bermanfaat kepada pesakit itu.
-
Ucapkan salam dan doa kesembuhan
Sebelum meninggalkan tempat menziarahi, ucapkan salam perpisahan dan sampaikan doa kesembuhan agar semboh penyakit dialami pesakit. Berikan dukungan positif dan harapan agar pesakit itu kuat menempuhi ujian yang diberikan oleh Allah SWT.
Menziarahi orang sakit merupakan satu amalan yang mulia di sisi Allah dan Rasullulah . Amalan tersebut menyebabkan seseorang itu disukai Allah S.W.T dan mendapat Pahala yang banyak
-
Menziarahi orang sakit
merupakan satu amalan yang mulia di sisi Allah dan Rasullulah . Amalan tersebut menyebabkan seseorang itu disukai Allah S.W.T dan mendapat Pahala yang banyak
Rasululah S.A.W juga menunjukkan satu sikap yang sepatutnya ada bagi diri umatnya dalam mengalakkan silaturrahim melalui amalan ziarah menziarahi orang sakit ini dengan tuntutan adab dan doa. Dengan amalan amalan ini, umat akan lebih terdidik pada masa akan datang dengan keyakinan yang bulat tentang kekuasaan Allah S.W.T yang memberi sakit dan menyembuhkan penyakit. Sedangkan hambanya pula perlu berusaha untuk menyembuhkan diri mereka dengan apa apa Sahaja usaha tanpa melupakan Allah S.W.T sebagai penyembuh bagi segala penyakit.