Potty training adalah proses di mana anak anda akan belajar menggunakan tandas secara bebas. Ianya merupakan suatu langkah yang penting dalam perkembangan mereka kerana ianya membantu anak anda belajar tentang tubuh mereka dan mengembangkan kemandirian dalam menjaga kebersihan diri.
Memilih Waktu Yang Tepat
Sebelum memulai potty training, pastikan anak anda menunjukkan tanda-tanda bersedia seoerti sensasi membuang air atau berminat dengan tandas atau potty. Sediakan tandas atau potty anak anda dengan peralatan yang sesuai dah beritahu mereka langkah yang perlu diambil.
Berikan Contoh Positif
Kanak-kanak belajar melalui teladan. Tunjukkan kepada mereka cara menggunakan tandas dengan betul dan bercakap secara positif tentang proses tersebut. Biarkan mereka melihat orang dewasa atau saudara yang lebih tua menggunakan tandas sebagai contoh yang baik.
Pujian dan Galakan
Berikan pujian yang tulus dan positif setiap kali anak berjaya menggunakan potty. Pujian yang konsisten membantu memotivasikan anak untuk terus mencuba. Beri insentif atau hadiah kecil untuk mengiktiraf usaha mereka.
Elakkan Tekanan dan Hukuman
Elakkan daripada menggunakan tekanan atau hukuman apabila anak anda mengalami kemalangan atau menghadapi masalah potty training. Bersabar dan bantu anak anda dalam setiap Langkah. Ingat, setiap anak membesar pada kadar yang berbeza.
Dengan pendekatan yang betul dan banyak kesabaran, potty training boleh menjadi satu pencapaian untuk kedua-dua anak dan ibu bapa yang boleh dibanggakan. Ingatlah untuk kekal positif, konsisten dan menyokong setiap langkah.
Untuk info produk dan info bayi, boleh terus hubungi kami atau klik link berikut :-
????? ????? ???? “????????” ?????????
✅Customer Service : 0 11-5765 6445
✅Customer Service : 0 11-5765 6445