Menjaga kesihatan jantung adalah penting untuk kesejahteraan kesihatan hidup kita. Penyakit jantung kekal sebagai salah satu punca utama kematian, dan ia sering berkembang secara perlahan dari semasa ke semasa.
Terdapat beberapa tanda yang mungkin menunjukkan bahawa jantung anda mengalami masalah:
Sesak Nafas
Anda mungkin merasa sukar bernafas atau sesak nafas walaupun dalam keadaan berehat atau semasa melakukan aktiviti ringan.
Sakit Dada
Sakit dada yang berterusan, tekanan atau ketidakselesaan di dada, kadang-kadang berterusan ke bahu, lengan, leher atau rahang.
Denyut Jantung Tidak Stabil
Denyut jantung yang tidak menentu atau berdebar-debar atau jantung berdegup kencang tanpa sebab yang jelas.
Rasa Pening dan Penat yang Luar Biasa
Rasa pening yang berterusan, peningkatan keletihan atau penurunan keupayaan untuk melakukan aktiviti harian.
Pembengkakan pada Kaki, atau Perut
Pembengkakan yang tidak normal, terutamanya pada kaki, pergelangan kaki atau perut mungkin menunjukkan masalah jantung.
Sakit Dada ketika Aktiviti Fizikal
Sakit dada atau sesak nafas yang bertambah ketika melakukan aktiviti fizikal atau bersenam.
Keletihan tanpa Melakukan Aktiviti
Keletihan yang teruk atau rasa lemah tanpa sebab yang jelas.
Penghadaman yang Tidak Normal
Masalah pencernaan seperti mual, muntah atau rasa kenyang cepat semasa makan.
Denyutan Atas 100 Denyut Seminit (Detak Jantung yang Cepat)
Denyutan jantung yang berlebihan (tachycardia) di mana denyut jantung anda berdegup lebih dari 100 denyut dalam masa seminit walaupun dalam keadaan rehat.
Jika anda mengalami salah satu atau beberapa tanda-tanda ini, penting untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan segera untuk menilai kesihatan jantung anda dan mendapatkan rawatan yang sesuai jika diperlukan. Jangan abaikan tanda-tanda atau gejala yang mungkin berkaitan dengan masalah jantung.
Walau bagaimanapun, perubahan gaya hidup boleh membantu mengelakkan dari terkena serangan sakit jantung.