Bidang farmasi merupakan salah satu cabang kerjaya profesional yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pelajar Malaysia. Namun, dengan persaingan sengit dan kekangan tempat di universiti awam tempatan, ramai yang mula melihat ke luar negara sebagai pilihan alternatif. Salah satu destinasi yang popular dalam kalangan pelajar Malaysia adalah Indonesia. Tetapi timbul persoalan Adakah belajar farmasi di Indonesia benar-benar berbaloi?
-
Kualiti Pendidikan yang Diiktiraf
Ramai yang tidak tahu bahawa universiti-universiti di Indonesia, terutamanya yang menawarkan program farmasi sebenarnya telah diiktiraf oleh badan profesional dan akademik antarabangsa. Sebagai contoh, beberapa universiti seperti Universitas Padjadjaran (UNPAD), Universitas Airlangga (UNAIR), Universitas Gadjah Mada (UGM) dan Universitas Sumatera Utara (USU) mempunyai fakulti farmasi yang mantap dengan tenaga pelajar berpengalaman dan kemudahan makmal moden.
Untuk pelajar Malaysia, pengiktirafan ijazah oleh Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) amat penting. Program farmasi dari universiti-universiti tertentu di Indonesia telah pun mendapat pengiktirafan ini, membolehkan graduan memohon untuk latihan prapendaftaran (PRP) di Malaysia selepas tamat pengajian.
2. Kos Pengajian yang Lebih Mampu
Salah satu sebab utama pelajar memilih Indonesia ialah kos pengajian dan sara hidup yang jauh lebih rendah berbanding negara-negara Barat. Kos sara hidup juga sederhana disana.
3. Bahasa Pengantar yang Mesra Pelajar Malaysia
Satu lagi kelebihan utama belajar di Indonesia ialah penggunaan Bahasa Indonesia. Struktur bahasa Indonesia yang hampir serupa dengan bahasa Melayu akan mempercepatkan proses adaptasi pelajar di tempat baru.
4. Sistem Pengajian yang Holistik
Program farmasi di Indonesia menekankan bukan sahaja aspek teori tetapi juga latihan praktikal dan penyelidikan. Pelajar akan melalui tempoh pembelajaran teori, latihan makmal serta latihan industri di hospital atau farmasi komuniti. Ini memberi pendedahan awal yang penting sebelum melangkah ke alam kerjaya.
5. Cabaran yang Perlu Dihadapi
Namun begitu, belajar di luar negara tetap hadir dengan cabarannya. Antara isu yang perlu dipertimbangkan ialah:
- Jarak dari keluarga dan sokongan sosial, yang mungkin memberi kesan kepada sesetengah pelajar tetapi jangan risau, komuniti pelajar Malaysia di Indonesia sangat aktif dan membantu pelajar-pelajar baru.
- Perbezaan budaya dan gaya hidup, yang walaupun tidak ketara tetap memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Walaupun jauh dari keluarga dan tempat asal kita, kita perlu tanam dalam diri untuk terokai tempat baru yang dapat memberikan kita pengalaman.
6. Pendapat dan Pengalaman Pelajar Malaysia
Ramai pelajar Malaysia yang telah tamat pengajian di Indonesia menyatakan bahawa pengalaman mereka amat berharga dan membentuk kematangan diri. Mereka juga menekankan pentingkan sikap berdikari, kebolehan bergaul dan kecekalan apabila belajar di perantauan.
Kesimpulan: Berbaloi atau Tidak?
Ya berbaloi dengan syarat anda memilih universiti yang diiktiraf dan bersedia menghadapi cabaran belajar di luar negara. Belajar farmasi di Indonesia bukan sahaja menawarkan pendidikan berkualiti dengan kos yang berpatutan tetapi juga membuka ruang kepada pelajar Malaysia untuk berkembang dari sudut akademik dan peribadi.
Anda nak tahu lebih lanjut mengenai info dan cara sambung belajar farmasi di Indonesia?
Hubungi Daulah Educonsult sekarang dan dapatkan sesi konsultasi secara percuma. Mereka adalah konsultan berpengalaman lebih dari 10 tahun yang membantu para pelajar yang berminat untuk sambung belajar luar negara terutama sekali dalam bidang farmasi, perubatan, pergigian dan veterinar.
Klik link disini untuk dapatkan sesi konsultasi secara percuma bersama Daulah Educonsult
> https://apply.daulahmedic.com/indonesia-farhana