mahasiswa
Gambar sekadar hiasan.

Mahasiswa-mahasiswa di institut pengajian tinggi termasuklah IPTA mahupun IPTS kini bebas menyertai kempen politik di luar kampus menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang akan dilangsungkan tidak lama lagi.

 

Perkara tersebut dimumumkan sendiri oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Tegasnya, para mahasiswa diberi ruang dan kelonggaran berpolitik jika mereka berminat. Ini sememangnya berbeza dengan kepimpinan sebelum ini yang menyekat penglibatan mahasiswa dalam politik negara.

mahasiswa
Kredit foto : BERNAMA

Harus diingatkan, kelonggaran tersebut hanyalah diberikan untuk berpolitik di luar kawasan kampus sahaja. Sekiranya berpolitik di dalam kampus, pelajar masih terikat dengan peraturan universiti. Ini bermaksud, pihak universiti berhak untuk mengambil tindakan jika ada pelajar yang berkempen sehingga melanggar peraturan.

BACA JUGA :   Johor Antara Negeri Yang Mempunyai Calon Termuda PRU14

Sementara itu, Datuk Seri Idris Jusoh juga membidas keputusan kepimpinan terdahulu yang jelas melarang penglibatan pelajar dalam politik, namun kini kembali menyokong pelajar supaya aktif berpolitik.

mahasiswa
Gambar sekadar hiasan.

Untuk makluman, penglibatan penuntut IPT dalam aktiviti politik tertakluk di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti yang dipinda pada 2012 yang membenarkan pelajar terlibat dalam persatuan, badan atau kumpulan termasuk parti politik ketika di luar kampus.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here