Tindakan sebuah universiti tempatan iaitu Universiti Sains Malaysia (USM) kampus Pulau Pinang menganjurkan pertandingan memulihkan golongan LGBT ke jalan yang benar mendapat kecaman daripada aktivis-aktivis dan juga media antarabangsa.

 

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUSM) di kampus terbabit, dan mengkehendaki para peserta supaya menghasilkan poster ataupun video bagi mengajak golongan LGBT supaya kembali ke pangkal jalan.

Ujar salah seorang pelajar daripada persatuan itu, Amirah Sulaiman, pertandingan sedemikian adalah salah satu pendekatan mesra bagi menyeru golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender supaya berubah.

LGBT
Pertandingan anjuran PMIUSM.

“Budaya LGBT adalah seperti tabiat merokok, ianya merbahaya tetapi kami akan berusaha keras untuk mengubah mereka”

BACA JUGA :   Ikon LGBT: Menteri “Bergasak” Dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Kami mahu mendekatkan diri dengan golongan ini dan menasihati mereka dengan cara Islam”, tambahnya lagi.

2 orang peserta telah dipilih sebagai pemenang pertandingan itu.

Pemenang pertama menghantar poster meriah yang mengajak individu gay untuk berubah manakala pemenang kedua pula menghantar video lukisan seorang insan LGBT yang mula berubah setelah bertemu dengan rakan-rakan yang alim.

Bertitik-tolak daripada itu, segelintir kumpulan aktivis merasakan tidakan tersebut adalah tidak wajar dan bersifat prejudis kepada komuniti LGBT di Malaysia.

LGBT
Sumber foto : Menara.my

Thilaga Sulathireh, pengasas Justice for Sisters menyelar konsep pertandingan itu yang merumuskan LGBT sebagai sebuah penyakit dan boleh diubah sekelip mata.

“Ia boleh mencetuskan kegelisahan, kemurungan dan cubaan membunuh diri dalam diri mereka”

BACA JUGA :   LGBT Cemar Perhimpunan Hari Wanita di Ibu Negara

“Perlunya lebih banyak program berasaskan fakta untuk mendidik komuniti LGBT ini”, ujar Thilaga.

Homoseksual adalah satu perkara yang dilarang di negara-negara Asia Tenggara. Para pesalah boleh  dihukum penjara, sebatan atau denda sebagai hukuman.

Diharapkan semua pihak dapat berganding bahu bagi mencari solusi terbaik dalam memulihkan golongan ini agar mereka dapat kembali ke jalan yang benar.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here