nikabduh_nikomar nik aziz
Sumber foto : Antarapos

2 orang anak lelaki kepada bekas pemimpin PAS yang disanjungi, Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, akan bertanding di dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tetapi untuk parti politik yang berbeza.

 

Nik Omar, anak lelaki kedua kepada kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu, mengemukakan permohonan menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk DUN Chempaka.

Nik Aziz
Tokoh PAS yang disanjungi, Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz.

DUN Chempaka boleh disifatkan sebagai kubu kuat PAS. Pada pilihan raya yang lalu (PRU13), Nik Aziz memenangi kerusi di DUN tersebut dengan majoriti 6,500 undi.

Sementara itu, adik kepada Nik Omar iaitu Nik Mohamad Abduh pula akan bertanding sebagai calon PAS di Parlimen Bachok dalam saingan 3 penjuru. Beliau akan berhadapan dengan Ketua Bahagian UMNO, Dr Awang Adik Hussin yang mewakili Barisan Nasional dan Mohd Zulkifli Zakaria dari PKR.

BACA JUGA :   Rakyat Gembira Tentang Pembayaran Royalti Minyak Terus Ke Kerajaan Negeri
Nik Mohamad Abduh Nik Aziz
Nik Mohamad Abduh masih kekal bersama PAS.

PAS baru-baru ini memecat Nik Omar kerana mahu bertanding mewakili PKR. Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata keputusan yang dibuat oleh Nik Omar bukanlah satu perkara yang mengejutkan kepada PAS.

Parti itu menyifatkan tindakan Nik Omar adalah bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh Allahyarham Nik Aziz dan juga harapan ibunya yang mahu beliau kekal dengan PAS.

Bercakap kepada wartawan, Nik Omar menjelaskan bahawa keputusan untuk bertanding sebagai calon PKR di DUN Chempaka adalah kerana beliau mahu meneruskan legasi arwah bapanya.

Nik Omar Nik Aziz
Nik Omar bakal bertanding di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Di Chempaka, Nik Omar juga berhadapan saingan 3 penjuru apabila bakal menentang Mohamed Fareez dari Barisan Nasional dan Ahmad Fathan Mahmood dari PAS.

BACA JUGA :   Bukti Dinasour Pernah Wujud Di Tanah Merah, Kelantan

DUN Chempaka adalah salah satu daripada 3 DUN di kawasan Parlimen Pengkalan Chepa selain Kijang dan Panchor.

Sumber : BERNAMA

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here