Hilang Karier Kerana Rasuah

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah memutuskan untuk menggantung 2 pemain Malaysia iatu bekas juara remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun Seang kerana terlibat di dalam skandal rasuah melibatkan mengatur keputusan perlawanan.

 

Zulfadli digantung selama 20 tahun dan didenda $25,000 setelah didapati bersalah kerana melanggar 31 peraturan yang ditetapkan BWF berhubung undang-undang melibatkan pertaruhan dan rasuah dalam badminton. Pemain itu juga terlibat dalam 4 tuduhan mengatur keputusan perlawanan di dalam 3 kejohanan yang disertainya.

Manakala seorang lagi pemain Malaysia, Tan Chun Seang digantung 15 tahun dan didenda $15,000 kerana terlibat dalam 26 kesalahan salah laku.

zulfadli zulkifli rasuah
Bekas juara badminton remaja dunia, Zulfadli Zulkiffli.

Keputusan itu dibuat oleh BWF, menerusi 3 orang panel undang-undang mereka. Penggantungan itu juga mengharamkan segala penglibatan di dalam sukan badminton, termasuklah bermain, menjadi jurulatih atapun mengendalikan sebarang pertandingan badminton.

BACA JUGA :   Elemen Rasuah Bakal Diperkenalkan Dalam Sukatan Mata Pelajaran

Bagaimanapun, hukuman untuk kedua-dua pemain itu diputuskan berkuatkuasa bermula 12 Januari lalu, sejak tempoh mereka mula digantung buat sementara. Meskipun begitu, mereka mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan.

Panel undang-undang BWF mendapati Zulfadli, juara badminton remaja dunia pada 2011 terlibat dalam pertuduhan rasuah di dalam enam kejohanan di antara tahun 2013 hingga 2016. Tan yang kini berusia 31 tahun pula terlibat dalam skandal rasuah di lima kejohanan pada 2013 dan 2014.

zulfadli zulkifli rasuah
Tan Chung Seang, 31 tahun.

Siasatan ke atas Zulfadli mula dilakukan setelah banyak laporan mendedahkan pemain itu sengaja menunjukkan persembahan longlai di satu kejohanan di Brazil pada 2016.

BWF masih tidak dapat menentukan jumlah bayaran yang diterima oleh kedua-dua pemain itu sejak terlibat di dalam skandal mengatur perlawanan. Berkemungkinan bayaran adalah datang daripada keuntungan pertaruhan dan juga pihak ketiga yang memberikan rasuah.

BACA JUGA :   GOH JIN WEI HARUMKAN NAMA MALAYSIA

Sekiranya hukuman itu kekal, maka Zulfadli dan Tan masing-masing boleh mengucapkan selamat tinggal kepada karier mereka sebagai pemain badminton.

zulfadli zulkifli rasuah
BWF sangat memandang serius isu mengatur keputusan perlawanan. Sumber foto : NST

Akhir kata, dinasihatkan agar atlet-atlet Malaysia tidak melibatkan diri di dalam skandal mengatur perlawanan kerana ianya adalah satu tindakan yang menjatuhkan maruah sukan tanah air.

Sumber : FOX Sports

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here