Sekiranya memenangi PRU-14 maka Cukai Pendapatan dan Perkhidmatan (GST) akan dihapuskan dalam jangka waktu tertentu. Ini adalah hasrat kerjaan baru yang memerintah dibawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

 

Kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, menyatakan bahawa kerajaan masih mempunyai kewangan kukuh dan tidak mempunyai masalah apabila menghapuskan pelaksanaan GST.

gst
sumber foto : TV14

Tun Dr. Mahathir berhasrat akan menggantikan wang mereka yang dipaksa membayar cukai dibawah pimpinan kerajaan sebelum ini. bagaimanapun, kerajaan juga memerlukan maklumat daripada mereka yang terlibat membayar cukai.

Selain itu, kerjaan baru juga menyedari bahawa ramai yang ditekan dengan cara yang salah dan dipaksa untuk membayar cukai. Malahan, cukai yang dibayar itu sebenarnya tidak mengikut peraturan ditetapkan oleh BN dan agak berlebihan.

BACA JUGA :   Jepun Terus Kekal Menyokong Pertumbuhan Pasaran Malaysia

Sekiranya mana-mana pihak menentang pembayaran cukai, maka seseorang itu akan disenarai hitamkan, tidak boleh melepasi sempadan negara, passport ditarik balik dan buku akaun dirampas serta perniagaan diganggu.

gst
sumber foto : PropSocial

Keadaan itu menyebabkan rakyat diambang kegelisahan dan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sedar tentang perkara tersebut. Oleh itu, dasar kerajaan baharu ini diperkenalkan sebagai mesra perniagaan dan bersifat terbuka.

Demi memastikan negara bebas daripada sebarang kegiatan rasuah dalam kalangan ahli kebinet, kerajaan akan membentuk satu dasar baharu iaitu Dasar Anti-Rasuah supaya undang-undang dan peraturan dapat direalisasikan dengan telus dan berkesan.

Selain daripada itu, di bawah pimpinan kerajaan baharu Malaysia akan memberi keutamaan kepada syarikat tempat dalam usaha pembangunan infrastruktur yang bertujuan melaksanakan lebih banyak projek-projek pembangunan dalam negara.

BACA JUGA :   Pengawal Saya Ditarik Balik Oleh Kerajaan Pakatan Harapan - Najib
gst
sumber foto : P3SEKPI

Sekiranya sesuatu projek itu memerlukan tenaga pakar daripada negara luar, maka barulah kerajaan akan menggunakan langkah tersebut. Tetapi, sekiranya syarikat tempatan masih boileh melakukannya tidak akan ada projek yang diambil alih oleh pengusaha asing.

Sehubungan itu, ekonomi negara juga akan ditambahbaik untuk menjamin masa depan yang lebih baik dan segala hutang akan dikaji semula. Hal ini, bagi memastikan negara pulih dari sebarang masalah ekonomi yang dihadapai oleh kerajaan sebelum ini.

Sumber : Berita Harian

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here