Suara Yusuf Azmi Tidak Mewakili Seluruh PPIM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak mahu perkara-perkara tertentu yang dibangkitkan oleh Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi dijadikan isu oleh sesetengah pihak untuk menghentam dan memburuk-burukkan persatuan itu.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, apa yang diperkatakan oleh Yusuf merupakan pandangan peribadi dan tidak mewakili suara keseluruhan PPIM sebagai sebuah NGO.

PPIM
Datuk Nadzim Johan. Sumber foto : PPIM

“Kita ini merupakan NGO yang berusaha melindungi hak pengguna. Kalau pihak pentadbiran ada masalah pun kita akan berusaha bantu dan akan tegur siapa-siapa yang ada lakukan kesilapan membabitkan pengguna”, tegas Nadzim.

“Salah tafsiran yang kita lihat hari ini membuat kita (PPIM) rasa terpanggil untuk memberikan penjelasan. Jangan nak kata kita ni nak sokong mana-mana ke atau apa”, tambahnya lagi.

BACA JUGA :   PDRM Dedahkan Beberapa VIP Berpangkat Tan Sri & Datuk Seri Adalah Dalang Kepada '9 Dragon'
BACA : Yusuf Azmi Akan Tubuhkan Parti Politik Bagi Melawan Pemimpin-Pemimpin Malaysia Yang Korup ?

Penjelasan itu dibuat Datuk Nadzim setelah Yusuf Azmi memberitahu para wartawan secara berseloroh tentang keinginannya menubuhkan sebuah parti baharu yang lebih dinamik.

PPIM

Langkah itu menurut Yusuf, adalah salah satu cara untuk menarik lebih ramai lagi individu yang mempunyai jiwa dan semangat bagi membantu pengguna membanteras kes-kes penipuan selepas merasakan dirinya teraniaya ekoran didakwa di mahkamah.

Di samping itu, Yusuf Azmi juga mendakwa ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang mahu mereka dipenjarakan.

Yusuf Azmi memaklumkan perkara itu berhubung arahan penangkapannya dan juga Ali Salimin di Mahkamah Majistret Kajang atas dua pertuduhan melakukan khianat dan pencerobohan sebuah stor kereta di sini pada Julai lalu.

BACA JUGA :   Yusuf Azmi Akan Tubuhkan Parti Politik Bagi Melawan Pemimpin-Pemimpin Malaysia Yang Korup ?
PPIM
Sumber foto : Berita Harian

Mereka dibebaskan masing-masing dengan jaminan RM5,000 dan mahkamah menetapkan 24 November untuk sebutan semula.

Nadzim walaubagaimanapun mengakui kenyataan Yusuf yang ‘gatal mulut’ menyebut sesuatu yang berkaitan politik itu telah menimbulkan fenomena hangat di media sosial. Akibatnya, sudah ada sesetengah pihak yang mula memandang serong kepada PPIM.

PPIM

Apa-apapun, diharapkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia ini tidak terpesong dari perjuangan membela nasib para pengguna tanpa berat sebelah.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Artikel ini dipetik dan diolah daripada Malaysia Gazette

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here