Anda Kini Boleh Beli Produk-Produk Apple di Lazada
Kedai online Lazada yang khas menjual gajet-gajet Apple sudahpun dibuka baru-baru ini di Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura dan Malaysia. Manakala di Vietnam pula akan dibuka dalam masa terdekat nanti.
Lazada yang dimiliki oleh Alibaba akan memasarkan barangan secara terus daripada Apple setelah memeterai perjanjian dengan syarikat gergasi elektronik yang berpangkalan di California itu. Dengan ini, Lazada adalah satu-satunya penjual rasmi barangan Apple secara online di rantau ini.
Apple hanya mempunyai satu sahaja kedai rasmi di Asia Tenggara, iaitu di Singapura. Kekurangan kedai rasmi ini menyebabkan banyak barangan mereka dijual secara tiruan, terutamanya iPhone yang dijual dengan harga yang lebih murah di pasaran. Akibatnya, para pembeli berdepan risiko mendapat barangan yang tidak 100% original.
Jadi, ini merupakan satu peluang yang diambil Lazada untuk menambahkan lagi jualan produk daripada jenama-jenama terkemuka di laman e-commerce mereka. Buat masa sekarang, Lazada sudah memasarkan produk daripada 3,000 jenama ditambah dengan 135,000 pemborong-pemborong kecil.
Nampaknya, langkah bijak yang diambil daripada kedua-kedua syarikat Apple dan Lazada ini akan meningkatkan lagi hasil jualan produk mereka. Di samping itu, ia juga dapat membantu para pembeli untuk mendapatkan gajet original daripada Apple dengan lebih mudah dan cepat.
Segalanya di hujung jari.
Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada Tech in Asia
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com