Badak sumbu Sumatera betina terakhir di negara ini yang dinamakan sebagai Iman, dilaporkan mengalami masalah kesihatan serius disebabkan tumor dalam rahim perlu pemeriksaan rektum dan ultra bunyi.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Augustine Tuuga berkata, prosedur itu hanya dilakukan selepas pihaknya mengeluarkan haiwan itu dari tempatnya berkubang dan memberikan rawatan serta ubat-ubatan sewajarnya.

Sumatera

“Iman akan diberikan antara 10 hingga 15 liter cecair intravena dan makanan tambahan sehari dan dipantau siang dan malam.

“Pemeriksaan rektum dan ultra bunyi akan dilakukan dan kami cuba supaya dia makan daun dan buah-buahan yang diberikan”.

Difahamkan, prosedur itu bagi mengenal pasti keadaan tumor dan masalah lain dialami badak berkenaan.

Sumatera

Sebelum ini, JHL Sabah dalam satu kenyataan berkata, Iman berada dalam keadaan membimbangkan kerana enggan keluar dari tempatnya berkubang dan tidak mahu makan.

BACA JUGA :   Sudah Pupuskah Badak Sumbu Sumatera Kita?

Selain itu, haiwan itu mengalami pendarahan disebabkan tumor dalam rahimnya menyebabkan ia kesakitan dan kelihatan tidak selesa.

Bagaimanapun, haiwan itu dipujuk keluar dari kubangnya, kelmarin dan dipindahkan ke tempat biasa bermalam sebelum diberikan makanan dan minuman bercampur vitamin serta mineral.

Sumatera

Menurut Augustine, haiwan itu diberikan terapi cecair dan tambahan intravena selain antibiotik dan ubat-ubatan lain.

“Namun, pendarahan masih berlaku terutama apabila ia buang air dan berbaring.

“Pagi semalam (kelmarin) ia lebih diam dan kurang minum air, tidak makan manakala darah masih mengalir keluar daripada alat sulitnya.

Sumatera

“Kami mula memberikan cecair intravena dan makanan tambahan sebagai sampingan kepada antibiotik dan ubat-ubatan yang diberikan sebelum ini,” katanya.

Katanya, keadaan Iman masih membimbangkan kerana berdepan masalah pendarahan yang berterusan selain enggan makan.

BACA JUGA :   Sudah Pupuskah Badak Sumbu Sumatera Kita?

Iman adalah badak sumbu Sumatera betina terakhir di negara ini.

Ia ditangkap di Lembah Danum sebelum dihantar ke Rizab Hidupan Luar Tabin di Lahad Datu pada Mac 2014.

Sumatera

Pada 4 Jun lalu, seekor badak sumbu Sumatera betina dikenali sebagai Puntung terpaksa dimatikan selepas menghidap kanser kulit yang kritikal.

Selain Iman, ada seekor lagi badak sumbu Sumatera jantan ditempatkan di Santuari Badak Sumbu Borneo di Rizab Hidupan Luar Tabin.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari harianmetro

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here