Malaysia adalah sebuah negara yang cukup kaya dengan khazanah alam. Di negara ini, terdapat pelbagai jenis spesis flora dan fauna yang sentiasa melata dalam habitat semula jadi mereka. Namun, apa yang menyedihkan adalah kerakusan manusia meneroka dan mengejar pembangunan telah mengakibatkan haiwan-haiwan berada dalam keadaan yang terancam.

Mungkin ramai tidak sedar bahawa haiwan-haiwan di Malaysia kini diancam masalah kepupusan yang serius. Di sini, kami senaraikan 8 spesis haiwan yang semakin terancam di Malaysia :

  1. Harimau Malaya

terancam

Harimau Malaya (Panthera tigris malayensis / Panthera tigris jacksoni) atau dikenali sebagai Harimau Belang merujuk kepada subspesis harimau yang hanya wujud di Semenanjung Malaysia. Kawasan yang paling utama adalah Taman Negara Endau-Rompin dan Taman Negara Belum Temenggor.

Pada tahun 2015, haiwan ini telah disenaraikan antara haiwan yang terancam. Dengan jumlah sebanyak 3,000 pada tahun 1950, kini Harimau Belang hanya tinggal 300 sahaja.

  1. Black Shrew

terancam

Black Shrew adalah mamalia yang kelihatan seperti tikus yang hanya terdapat di Kota Kinabalu, Sabah. Serangga merupakan makanan asas haiwan ini dan mereka boleh bertidak secara agresif sesama mereka. Akan tetapi, kerana haiwan ini hanya tertumpu kepada satu kawasan, tidak pasti sama ada haiwan ini benar-benar terancam atau sudah pun pupus.

  1. Tenuk Malaysia

terancam

Tenuk Malaysia (Tapirus indicus), merupakan tenuk terbesar di dunia dan hanya spesis tenuk inilah satu-satunya berasal dari Asia.

Tenuk Malaysia menetap di Asia Tenggara khususnya Malaysia, selatan dan bahagian tengah Sumatera (Indonesia), Myanmar (latitud selatan pada titik 18° U) dan Thailand (sepanjang sempadan barat hinggalah ke selatan sempadan Thailand-Malaysia. Selain itu, tenuk turut kelihatan di kawasan selatan Kemboja dan Vietnam, namun masih tidak dapat disahkan.

BACA JUGA :   Morais Menegaskan Pasukan JDT Supaya Terus Kekal Fokus

Tenuk Malaysia hanya tinggal di kawasan pergunungan terpencil dan habitat asalnya sudah pupus akibat perburuan manusia dan pembangunan. Hanya tinggal kira-kira 350 tapir yang masih hidup buat masa sekarang.

  1. Orang Utan

terancam

Orang Utan ialah dua spesis Hominidae yang tinggal di Asia Tenggara terutamanya di Pulau Sumatera dan Borneo.

Orang Utan adalah antara haiwan yang paling bijak di dunia, mereka dapat menggunakan pelbagai alat yang kompleks dan membina sarang dengan menggunakan kayu dan daun. Mereka dapat memahami bahasa-bahasa manusia dan juga dapat menggunakan bahasa isyarat walaupun mereka tidak boleh bercakap.

Spesies Orang Utan dikategorikan sebagai “terancam” oleh IUCN oleh kerana kemusnahan habitat. Terdapat beberapa organisasi yang ingin menyelamatkan haiwan ini seperti Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok.

  1. Gajah Borneo

terancam

Gajah Kerdil Borneo atau nama saintifiknya Elephas maximus borneensis atau juga dikenali sebagai Gajah Kalimantan di Indonesia, merupakan satu sub-spesis Gajah Asia yang tinggal di Pulau Borneo.

Gajah Borneo adalah antara spesis gajah yang kurang agresif berbanding yang lain. Di Sabah, gajah ini kerap dijumpai di sekitar Sungai Kinabatangan.

Sehingga kini, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab ingin mengambil gading mereka dan permintaan yang tinggi terhadap minyak sawit menyebabkan habitat mereka terancam.

  1. Badak Sumbu Sumatera

terancam

Badak Sumbu Sumatera adalah spesies badak yang terkecil saiznya di dunia serta merupakan salah satu haiwan yang terlindung. Ia terdapat dari kaki gunung Himalaya sehingga ke Myanmar, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Nama saintifiknya adalah Dicerorhinus sumatrenesis.

Pada Disember 2017, badak sumbu sumatera betina yang terakhir dilaporkan sakit dan beberapa pihak sedang bertukus lumus untuk menjaganya.

  1. Kera bekantan

terancam

Bekantan, monyet belanda atau bayau (Nasalis larvatus) merupakan sejenis monyet yang mendiami pokok dan endemik di pulau Borneo. Oleh kerana bilangannya turun sebanyak 80% dalam tiga dekad yang lalu dan sekarang dianggarkan sebanyak 7,000, ia telah disenaraikan sebagai haiwan yang terancam sejak tahun 2000.

  1. Tenggiling

terancam

Tenggiling (Malayan Pangolin) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama saintifiknya adalah Manis javanica.

Tenggiling adalah sebahagian daripada haiwan yang paling dilindungi di dunia, kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab ingin mengambil mereka untuk sisik, daging dan kulit, yang dipercayai mempunyai manfaat perubatan.

BACA JUGA :   11 Pemain Harimau Malaya Yang Berkemungkinan Diturunkan Menentang Lubnan

Pada tahun 2016, Konvensyen mengenai Perdagangan Antarabangsa dalam Spesies Terancam (CITES) mengenakan larangan perdagangan antarabangsa terhadap semua spesies termasuk Sunda Pangolin.

Diharapkan pihak-pihak berwajib dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan haiwan-haiwan daripada pupus.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

 

Facebook Comments

6 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here