Perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Chelsea menentang Newcastle United berlangsung semalam. Anak buah bimbingan Antonio Conte menerima kunjungan Newcastle United di Stamford Bridge, namun kemenangan bergaya di tempat sendri dimiliki pasukan bimbingan Conte dengan keputusan 3 – 0.
Jaringan yang disumbangkan oleh penyerang Chelsea, Michy Batshuayi pada minit ke-33 dan ke-44, serta sepakan yang berjaya disempurnakan oleh Marcos Alonso pada minit ke-18 terakhir berjaya melayakkan mereka untuk terus mara ke pusingan kelima FA.
Aksi menang bergaya ditunjukkan oleh anak buah Antonio Conte yang disaksikan oleh para penyokong Chelsea sendiri. Jaringan pertama berjaya dilakukan dengan gerakan licik oleh Pedro yang berjaya melepasi pertahanan Newcastle dan membolehkan Eden Hazard melakukan hantaran kepada Marcos Alonso.
Kemudian Alonso meneruskan pergerakan dan membuat hantaran kepada Batshuayi seterusnya berjaya membolosi gawang pihak lawan.
Asakan demi asakan dilakukan oleh Chelsea, sekali lagi mereka berjaya meledakkan sepakan yang membuahkan gol kedua, dan merupakan jaringan peribadi Batshuayi sebelum berakhir separuh masa pertama.
Bermulanya separuh masa kedua, Chelsea mengatur langkah demi langkah agar dapat menembusi gawang, namun minit ke-72 gol ketiga berjaya dihasilkan. Menerusi sepakan percuma yang berjaya disempurnakan oleh Marcos Alonso sebelum wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan.
Jaringan kedua Batshuayi merupakan yang ke-10 buat dirinya sepanjang musim ini. Namun begitu, apabila ditanya mengenai status masa depan beliau selepas tamat perlawanan, beliau berkata; “saya tidak tahu, lebih baik tanyakan kepada Conte.”
“apabila saya memiliki peluang, saya mahu menggunakan sebaiknya. Saya akan berusaha keras untuk mengekalkannya, dan hari ini saya cukup gembira kerana dapat berdiri di sini.”
Kemenangan memihak kepada Chelsea dan kemenangan itu adalah yang ke-18 buat mereka layak ke pusingan kelima piala FA dalam tempoh 20 tahun. Manakala kali terakhir Newcastle melangkah ke pusingan itu adalah pada tahun 2006.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
sumber : BH