Setiap tahun kita akan akan menyaksikan pelbagai perayaan disambut dari pelbagai kaum di negara ini. Sambutan ‘Chinese New Year’ pada Februari adalah yang terdekat bakal diraihkan oleh masyarakat Cina khususnya.
Setiap perayaan dalam negara kita sering mendapat sokongan dari seluruh masyarakat, malah dapat turut sama untuk meraihkannya.

Sambutan hari perayaan Chinese New Year akan disambut pada 16 dan 17 Februari 2018. Bersempena dengan perayaan itu, seluruh masyarakat diingatkan untuk terus bersatu dan menghormati perayaan Chinese New Year itu nanti.

Kepelbagaian itu bukanlah penghalang dalam penyatuan seluruh masyarakat di Malaysia, malah menjadikan hubungan antara masyarakat itu bertambah erat. Bukan sekadar kebanggaan Malaysia, tetapi juga masyarakat luar negara turut sama berbangga dengan kekalnya kesejahteraan dan keharmonian negara.
Sehubungan dengan itu, masyarakat umum juga seharusnya menghormati perlambangan haiwan yang digunakan oleh masyarakat Cina pada hari sambutan itu.
Tan Sri Datuk Othman Mustapha yang juga merupakan ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata, pendekatan wasatiyyah dalam Islam adalah salah satu dasar kerajaan.

“Merujuk kepada konsep fiqh ta’ayush iaitu kebersamaan masyarakat walaupun berlainan agama tidak boleh menghina, memperkecilkan ataupun mengkritik adat warisan yang digunakan oleh agama lain.
“Berdasarkan semangat kebersamaan dalam perkara ini masyarakat perlu memahami dengan lebih bijak dan berhikmah demi mengekalkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” dalam kenyataan yang dibuat oleh beliau.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com