Sebanyak 100 barang keperluan harian akan dijual dengan harga yang lebih murah di Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 (KR1M 2.0) berbanding harga pasaran. Buat pengetahuan anda, rangkaian pasar raya KR1M ini adalah dimiliki oleh kerajaan.

pasar raya
KR1M

Menurut Perdana Menteri, Najib Razak, pihak kerajaan menyedari bahawa terdapat banyak kelemahan dalam program dalam pelaksanaan KR1M 1.0 sebelum ini setelah mendapatkan maklum balas daripada para pengguna. Justeru, pelbagai penambahbaikan telah dilakukan untuk program KR1M 2.0 terbaru ini.

Antara kekurangan KR1M 1.0 adalah banyak barangan yang tidak berjenama dijual sedangkan pengguna lebih berminat untuk membeli barangan-barangan yang berjenama. Selain itu, kedai-kedai KR1M hanya terdapat di kedai khusus sahaja. Ini sedikit sebanyak menyukarkan pembeli untuk ke sana.

BACA JUGA :   Ini Sebab Kenapa Program Kedai Rakyat 1Malaysia Bakal Ditamatkan

Untuk kali ini, KR1M 2.0 akan dilaksanakan di pasar raya yang menjadi rakan kongsi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Tunas Manja Group (TMG). Banyak barangan berjenama akan dijual dengan harga yang lebih murah berbanding harga di pasaran.

pasar raya
Pasar Raya Tunas Manja

Buat masa sekarang, 50 barangan harian telah dijual dengan harga lebih murah termasuklah :

-Beras
-Tepung
-Minyak masak
-Milo
-Minuman Tin
-Lampin Bayi
-Mi Segera
-Susu Formula

Manakala, ini pula adalah barangan yang di KR1M 2.0 yang dijual lebih murah berbanding pasar raya biasa :

-Gula hanya RM2.85 (harga biasa RM2.95)
-Tepung hanya RM1.30( harga biasa RM1.35)
-Beras jenama Bunga Raya hanya RM24.90 (harga biasa RM26)

Walaubagaimanapun, minyak masak masih kekal dengan RM2.50 per kg kerana subsidi yang diberikan kerajaan. Sebanyak 50 barangan lagi akan ditambah dalam masa terdekat. Selain Tunas Manja, beberapa langkah juga telah diambil bagi menjadikan KK Mart sebagai rakan kongsi KR1M 2.0 ini.

BACA JUGA :   Ini Sebab Kenapa Program Kedai Rakyat 1Malaysia Bakal Ditamatkan
pasar raya
Pasar Raya KK Mart

Semoga revolusi KR1M 2.0 ini dapat mengurangkan beban rakyat dalam keadaan ekonomi yang begitu mencabar pada zaman sekarang.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here