​Kenali Personaliti Diri Melalui Genre Buku Kegemaran Anda

Setiap daripada pembaca buku pastinya mempunyai genre kegemaran mereka yang tersendiri. Tidak kira lah sekiranya anda berkunjung ke kedai buku ataupun membelek-belek koleksi di rumah, akan ada satu genre yang sentiasa menjadi tumpuan utama anda.

Secara amnya, penceritaan berkonsepkan genre ini sedikit sebanyak mempengaruhi cara berfikir dan juga perwatakan anda. Percaya ataupun tidak, genre kegemaran ini sebenarnya melambangkan personaliti anda sebagai seorang individu. Kenali genre-genre di bawah dan kenyataannya terhadap personaliti anda:


Beli buku idaman anda dengan harga serendah RM3 hanya di Daulah Online Bookstore


Notis : Ciri-ciri yang ditulis adalah berdasarkan kebanyakan sampel, ini mungkin tidak mewakili kesemua daripada anda.

SAINS FIKSYEN

Sains fiksyen ataupun singkatannya sci-fi merupakan satu genre yang menyentuh konsep-konsep imaginasi termasuklah sains dan teknologi, angkasa lepas, pengembaraan melangkaui masa, kehidupan di luar angkasa dan sebagainya.

Lazimnya, sains fiksyen ini mendedahkan ciptaan sains dan impaknya kepada alam sejagat. Meskipun begitu, genre ini sangat jarang berhubung dengan unsur mistik kerana ianya menekankan fakta-fakta serta teori sains semata-mata.

—-> Jika anda menggemari sains fiksyen, berkemungkinan besar anda merupakan seorang yang sangat pandai berimaginasi namun kadangkala anda tidak mempunyai keyakinan untuk mengetengahkan idea-idea anda.

—-> Anda juga seorang yang bijak dan pandai menyelamatkan diri sekiranya anda berada dalam situasi genting yang mungkin meragut nyawa anda.


Beli buku idaman anda dengan harga serendah RM3 hanya di Daulah Online Bookstore


NON-FIKSYEN

Non-fiksyen merujuk kepada kandungan sesebuah penceritaan di mana penulisnya bertanggungjawab mengetengahkan kisah benar yang berlaku ataupun informasi yang tepat berhubung dengan cerita yang dipersembahkan.

—-> Anda merupakan seorang pendengar yang bagus. Anda sangat suka berkenalan dengan ramai orang dan mendalami pengalaman-pengalaman aneh yang diceritakan oleh mereka.

—-> Selain itu, anda sentiasa berikhtiar untuk memperbaiki diri anda untuk menjadi insan yang lebih baik dan juga insan-insan di sekeliling anda. Anda juga gemar mencipta pelbagai memori yang akan anda kenang di hari tua anda nanti.

FIKSYEN SEJARAH

Fiksyen sejarah merupakan satu genre kesusasteraan yang penceritaannya berlatarbelakangkan peristiwa yang telah berlaku.

Salah satu elemen penting yang dititipkan dalam genre ini adalah norma sosial masyarakat pada masa cerita itu mengambil tempat.

Penulis kebiasaannya mengutarakan tokoh-tokoh sejarawan dalam genre ini kerana ingin menunjukkan situasi sebenar yang mempengaruhi tindakan-tindakan mereka pada waktu itu. Namun begitu, ada kalanya genre ini diubah dan ditambah dengan unsur fantasi sejarah dan sebagainya.

—-> Anda tidak begitu suka akan kejutan dan sentiasa ingin tahu tentang apa yang bakal berlaku.

—-> Anda sentiasa bersedia dengan perancangan dalam melaksanakan sesuatu perkara namun anda tidak gentar untuk mengubah perancangan anda itu secara spontan sekiranya situasi tidak berpihak kepada anda.

—-> Anda sangat memberi tumpuan terhadap informasi-informasi kecil dan boleh disifatkan ‘ perfectionist ‘ dalam melakukan kerja anda.

—-> Di samping itu, anda juga gemar memerhatikan orang di sekeliling anda dan mendengar mereka menceritakan kisah-kisah silam mereka.

FANTASI

Fantasi adalah satu genre yang melibatkan kehidupan di alam lain yang direka oleh penulis. Alam yang direka itu seringkali mempunyai banyak perbezaan dengan kehidupan sebenar manusia di Bumi secara amnya.

Kebanyakan cerita fantasi seringkali menggunakan sihir ataupun ‘ magic ‘ sebagai tema dan latar belakang sesebuah penceritaan.


Beli buku idaman anda dengan harga serendah RM3 hanya di Daulah Online Bookstore


Antara contoh cerita fantasi yang terkenal adalah seperi siri Harry Potter dan Lord of the Rings. Selain itu, sihir dan makhluk ciptaan yang aneh juga saling berkait rapat dalam mana-mana cerita fantasi.

—-> Anda lebih gemar membaca mengenai dunia yang kompleks di mana anda bebas untuk membayangkan apa sahaja yang anda ingini.

—-> Dari zaman kanak-kanak lagi, anda sangat cenderung untuk mengkaji mengenai mitos.

—-> Anda kuat berangan, dan sering hilang fokus dalam melakukan sesuatu.

—-> Anda juga seorang yang sangat menghargai rakan-rakan anda kerana anda sedar bahawa persahabatan adalah perkara yang sangat penting dalam kehidupan.

THRILLER

Thriller merupakan satu genre yang luas. Genre ini selalunya disifatkan sebagai genre yang membuatkan pembaca berasa tidak tenteram, memberikan mereka perasaan ‘suspen’ yang membuak-buak, kegelisahan dan seumpamanya. Antara contoh penulis novel thriller yang terkenal di Malaysia adalah seperti Ramlee Awang Murshid.

Genre thriller lazimnya mengakibatkan pembaca tidak senang duduk dari awal cerita sehinggalah ke penghujungnya. Unsur-unsur penceritaan seperti ‘ plot twist ‘ dan kejutan sangat banyak digunakan dalam bermain dengan emosi para pembaca. Selalunya, penceritaan genre thriller ini menitikberatkan kepentingan watak antagonis di mana watak protagonis haruslah mengatasi segala halangan yang menimpa.

—> Anda merupakan seorang yang sangat bagus dalam meramalkan apa yang bakal berlaku dalam sesetengah perkara.

—-> Anda gemar untuk melihat kehidupan daripada sudut misteri.

—-> Di samping itu, anda juga mahir menilai kepentingan sesuatu perkara yang orang lain tidak nampak.

—-> Anda mungkin seorang yang tidak gemar bercakap atau lebih suka mendiamkan diri, tetapi sebenarnya banyak perkara yang sedang bermain di fikiran anda.

PERCINTAAN

Percaya ataupun tidak, genre percintaan ataupun ‘ romance ‘ mempunyai jumlah pembaca yang paling ramai berbanding dengan genre-genre yang lain.

Genre ini lazimnya memaparkan hubungan dan kisah romantik di antara sepasang kekasih yang kisah cinta mereka mempunyai onak dan duri namun berakhir dengan detik-detik indah ataupun ‘ happy ending ‘. Jalan cerita yang digarap oleh penulis selalunya meruntun emosi para pembaca sehingga ke tahap boleh menitiskan air mata.

—-> Bagi penggemar genre ini, anda merupakan seorang yang bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara.

—-> Anda juga sanggup berkorban apa sahaja demi menggembirakan orang yang anda cintai.

—-> Anda seorang yang berfikiran positif, meskipun hidup anda banyak ditimpa masalah.

—-> Selain daripada itu, anda juga seorang yang mudah jatuh cinta sekiranya anda menjumpai pasangan yang memiliki ciri-ciri idaman anda.


Beli buku idaman anda dengan harga serendah RM3 hanya di Daulah Online Bookstore


SERAM

Seram merupakan salah satu cabang fiskyen yang bertujuan untuk menimbulkan perasaan takut dalam kalangan para pembaca menerusi elemen-elemen yang yang pastinya menaikkan bulu roma. Penceritaan genre seram banyak menggunakan konsep makhluk halus dan ada kalanya tidak.

Lazimnya, genre ini banyak memberi fokus kepada unsur-unsur seram dan tidak banyak modifikasi yang dilakukan terhadap plot serta garapan watak oleh karakter-karakter di dalam cerita.

—-> Sekiranya seram merupakan genre kegemaran anda, ternyata anda bukanlah seorang yang mudah takut akan cabaran.

—-> Anda juga gemar melakukan aktiviti lasak yang menguji mental dan fizikal. Selain itu, anda juga seorang yang berani mengambil risiko.

—-> Tidak dinafikan, anda mempunyai kemahiran berkomunikasi yang sangat baik dengan orang di sekeliling anda.

Jadi, yang manakah personaliti anda ? Kongsikan jawapan anda dalam ruangan komen di bawah.

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here