Kejadian runtuhan lumpur baru-baru ini telah mengorbankan 200 nyawa di pinggir bandar Freetown, ibu kota Sierra Leone. Runtuhan tersebut telah menimbus rumah-rumah di kawasan berkenaan dan membuatkan para penduduk gusar akan berita mengenai ahli keluarga mereka yang masih belum dijumpai.
Dapatkan Buku Best-Seller PBAKL17 Dengan Diskaun Sehingga 35% Hanya Di Daulah Online Bookstore!
Persatuan Bulan Sabit Merah melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 205 mayat telah dipindahkan ke pusat pengumpulan mayat di Freetown. Anggota polis dan kakitangan tentera juga berada di tempat kejadian iaitu di bandar Gunung Regent bagi kerja-kerja mencari orang awam yang terperangkap di dalam timbunan.
Sebahagian besar mangsa yang tinggal di kaki gunung Sugar Loaf sedang tidur ketika runtuhan itu berlaku. Runtuhan itu meranapkan berpuluh-puluh buah rumah termasuk bangunan dua tingkat, menurut seorang saksi.
“Jumlah kematian dijangka meningkat apabila lebih ramai lagi mayat berjaya dijumpai”, menurut jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah, Abu Bakar Tarawallie.
Dapatkan Buku Best-Seller PBAKL17 Dengan Diskaun Sehingga 35% Hanya Di Daulah Online Bookstore!
Naib Presiden, Victor Fuh memberitahu Reuters di tempat kejadian bahawa terdapat kemungkinan ada beratus-ratus lagi mayat yang tertimbus di dalam runtuhan itu. Dapat dipastikan juga bahawa punca utama runtuhan itu berlaku adalah disebabkan banyak bangunan haram yang didirikan di sekitar kawasan tersebut.
Lori penggali dan ambulans bergegas memindahkan mangsa yang cedera dan terkorban ke pusat bandar namun usaha menyelamat ternyata dihalang dengan keadaan jalan yang teruk serta cuaca yang buruk.
Di dalam kehujanan, para penduduk yang terselamat berkabung di atas kematian ahli keluarga mereka sambil menunggu berita tentang yang masih belum dijumpai. Satu insiden menyayat hati diceritakan oleh seorang mangsa, Adama Kamara yang gagal menyelamatkan bayi kecilnya yang baru berusia 2 bulan.
“Pada waktu itu, kami sedang berada di dalam rumah dan mula mendengar bunyi runtuhan tersebut. Saya cuba mendapatkan bayi saya tetapi tidak berjaya kerana lumpur itu menimbusi dengan sangat laju”, ujarnya lagi. Dia melihat dengan matanya sendiri bagaimana bayinya itu ditenggelamkan hidup-hidup oleh lumpur. Kamara walaubagaimanapun terselamat meskipun dipenuhi kesan lebam di seluruh badan. Sehingga kini, beliau masih belum mendapat khabar mengenai suaminya.
Dapatkan Buku Best-Seller PBAKL17 Dengan Diskaun Sehingga 35% Hanya Di Daulah Online Bookstore!
Tanah runtuh dan banjir memang sangat lazim berlaku pada musim hujan di barat Afrika, di mana aktivit penebangan hutan yang dan perancangan bandar yang tidak teliti membuatkan para penduduk berisiko tinggi untuk ditimpa bencana alam.
Sumber :
Christopher Johnson dan Umaru Fofana , Reuters