Percaya ataupun tidak, ramai di kalangan masyarakat hari ini masih ‘tersalah faham’ tentang konsep pembacaan, tidak kiralah sama ada membaca buku ataupun majalah. Sesiapa yang berkepit dengan buku dianggap ‘lifeless’, ‘nerd’ yang banyak lagi ungkapan negatif.
Seringkali membaca dianggap sebagai sesuatu yang membosankan dan tidak mendatangkan banyak faedah kepada diri.
Salah Faham Utama
Masyarakat juga sering menganggap membaca hanya mempunyai satu tujuan sahaja, dan tujuannya adalah untukmenambahkan ilmu pengetahuan ataupun menghafal sesuatu fakta.
Realitinya, tanggapan ini adalah tidak benar sama sekali. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka tidak tahu membezakan antara membaca dengan belajar. Salah faham inilah yang membuatkan aktiviti membaca sering disinonimkan sebagai aktiviti yang bosan dan tidak menarik untuk dilakukan.
Kunjungi Daulah Online Bookstore Dan Dapatkan Buku Best-Seller #PBAKL17 Idaman Anda Di Sini!
Jika anda membaca dengan niat untuk menghafal sesuatu, maka akan timbul satu ‘mind block’ yang buat anda tidak ‘ enjoy’ dengan apa yang dibaca.
Membaca secara umumnya mempunyai pelbagai manfaat dan bukan sekadar untuk menambahkan ilmu semata-mata.
Lihat sahajalah tokoh-tokoh yang berjaya di dunia ini seperti Bill Gates misalnya, beliau merupakan seorang yang sangat suka membaca. Kebanyakan masa lapangnya dihabiskan dengan membaca buku-buku daripada pelbagai genre.
“Sesiapa yang berkepit dengan buku dianggap ‘lifeless’, ‘nerd’ yang banyak lagi ungkapan negatif”
Adakah ini satu kebetulan bahawa orang-orang yang berjaya di dunia ini kebanyakannya gemar membaca buku ? Ternyata tidak sama sekali.
Jika boleh disimpulkan dalam satu analogi, membaca ini merupakan satu bentuk latihan kepada otak sepertimana orang pergi ke gym untuk buat ‘work out’ kepada anggota badan.
Bezanya, work out di gym ini membuat otot menjadi lebih besar, gagah dan kuat manakala membaca pula menguatkan saraf-saraf neuron serta jalinan fiber di dalam otak.
Ada juga sesetengah orang yang jarang membaca kerana mereka berpendapat membaca satu buku dalam tempoh jangka masa yang lama (contohnya 3 bulan) sudah memadai. Ini adalah persepsi yang salah dan ‘mindset’ sebegini harus ditukar.
Cuba anda bayangkan, anda pergi melakukan work out di gym sekali sahaja dalam tempoh 3 bulan. Adakah anda dapati ada perubahan kepada otot-otot badan anda ? Sudah tentunya tidak.
Begitu juga dengan membaca, latihan kepada otak ini harus dilakukan dengan kerap barulah ianya akan mendatangkan impak kepada otak. Tidak dinafikan, membaca dengan kadar sekali-sekala ini juga ada kesannya tapi hanyalah kesan kecil ataupun dipanggil ‘minor effects’.
Kunjungi Daulah Online Bookstore Dan Dapatkan Buku Best-Seller #PBAKL17 Idaman Anda Di Sini!
Kepentingan Membaca
Ramai yang tidak sedar bahawa membaca ini adalah satu aktiviti yang sangat penting kepada diri.
Jika dibandingkan, mengamalkan tabiat membaca sebenarnya adalah lebih bermanfaat daripada mengamalkan work out, menjaga diet pemakanan dengan betul mahupun mendapatkan tidur yang cukup.
“…mereka tidak tahu membezakan antara membaca dengan belajar”
Melalui amalan membaca yang kerap, anda akan rasai perubahan positif mula berlaku pada otak dan minda anda. Anda akan dapat merangsang minda untuk menjana idea-idea bernas. Anda juga mampu mencipta dan membina sesuatu berdasarkan visi yang anda miliki.
Di samping itu, anda akan mempunyai pemahaman yang sangat mendalam mengenai perkara-perkara yang berlaku di sekeliling anda.
Secara tidak langsung, mentaliti anda akan berubah menjadi seorang yang sentiasa ingin berusaha memantapkan diri menjadi insan yang lebih baik. Tambahan pula, anda akan mula mengikut perwatakan orang-orang yang berjaya.
Kunjungi Daulah Online Bookstore Dan Dapatkan Buku Best-Seller #PBAKL17 Idaman Anda Di Sini!
Yang paling penting, anda akan lebih bersemangat untuk mempelajari perkara-perkara baru.
Justeru, rajin-rajinkanlah diri anda untuk membaca. Bermulalah dengan bahan bacaan yang anda selesa, tidak perlu membaca perkara yang ‘berat’ pun jika anda rasa sukar untuk hadam.
Akhir kalam, jadikanlah membaca sebagai tabiat kerana bangsa yang membaca adalah bangsa yang berjaya!
_______________________________________________________________________
Sumber : Improvement Pill https://www.youtube.com/channel/UCBIt1VN5j37PVM8LL…