Travel menaiki kapal terbang sememangnya memberikan pengalaman yang indah kepada anda yang suka berjalan-jalan dan makan angin. Akan tetapi, travel pastinya jadi tak best sekiranya anda dapati bagasi anda rosak ataupun hilang setelah dibawa menaiki kapal terbang.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh SITA tahun ini, syarikat-syarikat penerbangan kehilangan kira-kira 21.6 juta bagasi penumpang pada tahun 2016, dan jumlah itu belum mengambil kira kes kecurian dan kerosakan bagasi lagi.

Jadi, sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada bagasi anda, ambil lah langkah berjaga-jaga sebelum check-in beg di kaunter lapangan terbang.

Di sini Team Deenamik kongsikan 6 tips untuk melindungi bagasi anda ketika travel ;

#1 Gunakan Beg Yang Sesuai

Melindungi beg anda bermula dengan pemilihan beg yang sesuai. Beg yang berkulit keras selalunya akan mudah pecah dan retak akibat pengendalian yang kasar ataupun disumbat terlalu banyak barang. Beg yang berkulit lembut dan beg nilon adalah digalakkan kerana boleh menampung tekanan dan impak dengan lebih baik.

Bagasi
Antara contoh beg yang berkulit keras

Jika anda bimbang akan tertukar beg anda dengan penumpang lain, ikatkan beg anda dengan riben berwarna terang, scarf ataupun tag yang unik.

BACA JUGA :   Destinasi Paling Sesuai Untuk Anda Yang Gemar Melancong Seorang Diri

 

#2 Beg Jangan Terlampau Menonjol

Bagasi
Beg berjenama LV

Kalau boleh, pastikan beg yang anda gunakan itu tidak terlalu menonjol. Menonjol di sini bermaksud beg yang canggih ataupun berjenama mahal. Bukan apa, beg-beg sebegini akan lebih menarik tumpuan para pencuri bukan sahaja kerana nilai beg tersebut, tetapi pencuri secara automatiknya akan beranggapan beg tersebut mengandungi barang-barang mewah.

BACA : Ketahui Password WiFi Lapangan-lapangan Terbang Di Seluruh Dunia

 

#3 Balut Beg Anda

Bagasi

Membalut beg anda akan melindunginya daripada calar dan rosak. Selain itu, ia juga menjamin beg anda tidak disalahgunakan oleh staff syarikat penerbangan yang akan membawa beg anda menaiki kapal terbang. Perlu diingat, Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) mempunyai hak untuk memotong balutan tersebut jika pihak berkuasa perlu memeriksa kandungannya.

 

#4 Ambil Gambar Beg Anda

Bagasi

Sentiasa ambil gambar bagasi anda sebelum check-in, terutamanya jika itu adalah penerbangan ke luar negara. Gambar yang diambil itu akan dapat membantu staff di lapangan terbang mengenal pasti beg anda sekiranya hilang. Selain itu, ia juga memudahkan mereka untuk berkomunikasi dengan lapangan terbang di negara lain sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku kepada beg anda.

BACA JUGA :   Mencari Pengalaman Di luar Negara dengan Daulah Educonsult

 

#5 Gunakan Tag Bagasi Di Luar Dan Di Dalam Beg

Anda perlu ingat, tag bagasi kadangkala boleh tertanggal dalam perjalanan. Jadi, anda digalakkan meletakkan tag pendua di dalam beg anda itu. Dengan cara ini, anda boleh membuktikan bahawa itu adalah beg anda sekiranya ia hilang.

Bagi memastikan keselamatan peribadi, jangan letakkan alamat dan nombor telefon rumah pada tag itu. Sebaiknya, letakkan alamat e-mel dan nombor telefon bimbit anda.

 

#6 Zipkan Barangan Mandi Anda

Sekiranya anda meletakkan barangan mandi di dalam bagasi, dicadangkan anda letakkan di dalam ruangan kecil yang boleh dizipkan. Zip akan dapat melindungi beg anda daripada bekas cecair yang bocor dan tumpah seperti shampoo, sabun, minyak wangi dan sebagainya.

Semoga tips-tips ini akan dapat memastikan beg anda kekal selamat ketika travel. Teruskan layari Deenamik.com dan like page FB Deenamik untuk terus dapatkan tips-tips kehidupan terkini.


Jom layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Best-Seller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Kiplinger

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here