Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah bersetuju untuk menerima kedatangan pelarian Rohingya dan memberikan mereka perlindungan sementara. Ini sememangnya satu berita baik untuk saudara-saudara Muslim di sana.
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, konflik keganasan di antara tentera dan militan Rohingya telah mengorbankan kira-kira 400 nyawa dan menyebabkan 160,000 penduduk Rohingya terpaksa melarikan diri ke Bangladesh.
Justeru, Malaysia yang terletak beratus-ratus kilometer di selatan Laut Andaman dijangka akan menerima lebih ramai lagi pelarian Rohingya dalam masa beberapa minggu yang akan datang. Walaubagaimanapun, dikhuatiri perjalanan mereka menggunakan bot dan jalan laut akan menjadi sedikit berbahaya kerana kedatangan angin monsun tahunan.
Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Dengan Diskaun Berganda Sehingga 35%
Malaysia, sebuah negara yang majoriti penduduknya adalah Muslim sudah menempatkan 100,000 pelarian Rohingya setakat ini. Kemungkinan besar, pelarian yang bakal tiba ini akan ditempatkan di pusat-pusat tahanan imigresen. Bagi anda yang belum tahu, pusat tahanan imigresen adalah tempat di mana pendatang asing tanpa permit selalu ditempatkan.
Perdana Menteri, Najib Razak berkata bahawa Malaysia akan menghantar misi kemanusiaan untuk membantu pelarian yang memerlukan perlindungan di sempadan Bangladesh-Myannmar. Di samping itu, Malaysia juga akan berunding dengan Bangladesh bagi menubuhkan hospital ketenteraan di sempadan itu.
Misi kemanusiaan tersebut yang akan diketuai oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menunjukkan bahawa betapa Malaysia begitu serius dalam membela nasib komuniti Rohingya yang berterusan ditindas tanpa perikemanusiaan oleh tentera Myanmar. Syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines dan Malindo Air turut memberikan kerjasama bagi membantu mengagihkan bantuan kepada mereka.
Najib Razak juga akan mengutarakan isu kekejaman ke atas Rohingya ini kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump apabila kedua-dua mereka akan bertemu pada minggu ini. Walaubagaimanapun, Najib menegaskan bahawa isu tersebut haruslah diselesaikan pada peringkat akar umbi terlebih dahulu.
Sehingga kini, terdapat sekurang-kurangnya 59,000 pelarian yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR) di negara ini walaupun jumlah tidak rasmi yang sebenar adalah dua kali ganda daripada itu.
Apa-apapun, diharapkan lebih ramai lagi negara-negara Islam yang lain akan turut tampil bagi membela nasib pelarian Rohingya. Janganlah hanya memejamkan mata dan memekakkan telinga berhubung isu kekejaman di Rohingya ini. Nasib mereka harus dibela, dan kezaliman tentera Myanmar harus dihentikan!
Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Dengan Diskaun Berganda Sehingga 35%
Sumber :