Semenjak mengenakan imej bertudung kira-kira setahun lalu, Nadiya Nisaa memberitahu bahawa dia merasa semakin selesa dan dihormati di atas penampilannya itu. Jika sebelum ini dia selalu diberikan watak sebagai wanita yang kasar dan agresif, namun sejak bertudung, dia kerap ditawarkan watak ibu dan wanita lemah lembut dalam lakonan.
Nadiya juga merasa bersyukur kerana banyak pihak menghormati statusnya sebagai wanita bertudung. Sekiranya ada babak yang melibatkan persentuhan dengan pelakon lelaki, pengarah akan bertanya terlebih dahulu kepadanya sama ada dia selesa atau tidak untuk melakonkan babak tersebut.
Bagi pihak produksi pula, mereka begitu mengambil berat mengenai waktu penggambaran dan memberi keutamaan kepada Nadiya untuk solat, rehat dan sebagainya.
Melihat dari sudutĀ seorang pelakon, dia tidak kisah membawa watak ibu dan wanita lemah lembut kerana dia menganggap itu semua adalah transisi kerjaya dalam dunia seni. Seorang pelakon haruslah mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri sesuai dengan imej dan status yang dibawa.
Bagi anda yang mungkin tidak tahu, pelakon wanita ini mula mengenakan imej bertudung sejak Ramadan tahun lalu ketika dia sedang mengandungkan anak keduanya. Yang manisnya, imej bertudung Nadiya sangat disukai oleh suaminya yang memuji dirinya nampak semakin ayu dan cantik apabila bertudung. Memang benar, tiada apa yang lebih indah daripada kelihatan cantik di depan pasangan sendiri.

Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Nadiya baru saja selesai menjalani penggambaran sitkom pendidikan Oh My English! musim terbaru.
Selain itu, dia bakal muncul menerusi drama bersiri adaptasi daripada sebuah novel terlaris. Walaubagaimanapun, tajuk drama tersebut masih dirahsiakan bagi memberi kejutan kepada para peminat.
Nadiya Nisaa pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM27) menerusi wataknya sebagai Sofia Jane dalam filem Terbaik Dari Langit.

Justeru, keberanian Nadiya Nisaa mengenakan imej bertudung harus dicontohi oleh ramai lagi pelakon-pelakon wanita di luar sana. Sesungguhnya Allah akan menolong hamba-Nya yang ikhlas beramal ke jalan-Nya.
Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!

Sumber :