Selina Juul. Sumber foto : The Independent

Jangan sesekali memandang rendah keupayaan seseorang yang mempunyai cita-cita besar. Melalui idea bernasnya, seorang wanita telah berjaya membantu negara Denmark mengurangkan pembaziran makanan sebanyak 25 % hanya dalam tempoh 5 tahun.

Wanita yang bernama Selina Juul itu berpindah daripada Russia dan menetap di Denmark semasa dia berumur 13 tahun. Pada ketika itu, dia berasa sungguh terkejut kerana masyarakat di Denmark sangat banyak membazirkan makanan. Lebihan-lebihan makanan di supermarket dibuang begitu sahaja.

Selina Juul

Mengikut statistik, masyarakat Denmark membuang kira-kira 700,000 tan makanan setiap tahun.

Situasi tersebut sangat berbeza dengan situasi di negara asalnya. Di Rusia, rata-rata penduduk tidak mendapat makanan secukupnya ditambah dengan kekurangan infrastruktur. Boleh dikatakan kehidupan segelintir masyarakat di sana hidup ibarat kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang.

Pembaziran Makanan di Denmark

Selina kemudian memberi satu cadangan idea gila kepada Rema 1000, rangkaian supermarket terbesar di Denmark. Dia mencadangkan supaya semua produk  yang diberikan diskaun digantikan dengan satu item sahaja bagi mengurangkan pembaziran makanan.

Contohnya, pisang yang dijual sesikat digantikan dengan sebiji pisang sahaja dan dijual harga yang sewajarnya.

Idea yang dicadangkan oleh Selina. Sumber foto : ABC Radio Australia

Pada mulanya, ramai yang mentertawakan ideanya itu kerana nampak seperti tak masuk akal. Namun, siapa sangka idea gila Selina itu membuahkan hasil. Dia berjaya mengubah mentaliti seluruh rakyat Denmark untuk membuang tabiat hidup membazir.

Sebelum ini, Rema 1000 membazirkan kira-kira 80 hingga 100 buah pisang sehari. Setelah ideanya itu dipraktikkan dengan menjual satu pisang secara berasingan, jumlah pembaziran pisang berkurang sebanyak 90%.

Denmark supermarket
Rema 1000, rangkaian supermarket terbesar di Denmark.

Idea Selina itu kemudiannya turut digunakan oleh semua pasaraya di seluruh Denmark.

Organisasi yang ditubuhkannya iaitu Stop Spild Af Mad ( Stop Wasting Food ) turut diiktiraf sebagai tunjang utama yang membantu kerajaan Denmark menangani masalah pembaziran makanan.

Pembaziran Makanan di Denmark

Menurut Selina, penyumbang terbesar kepada pembaziran makanan adalah pembeli itu sendiri.

Di Malaysia, rakyat negara ini cenderung untuk melakukan pembaziran makanan terutamanya bila tiba bulan Ramadan. Ramai di antara kita yang rambang mata membeli juadah berbuka puasa namun kebanyakannya tidak habis lalu dibuang ke dalam tong sampah begitu sahaja.

 

Apa-apapun, diharapkan anda semua buang lah tabiat membazir itu jauh-jauh. Ramai penduduk miskin di dunia ini yang mati kebuluran tetapi anda dengan senangnya membazirkan makanan anda.

Akhir kata, “Membazir Itu Amalan Syaitan”


Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Terendah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

The Independent

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here