Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. Sumber foto : AFP PHOTO / ADEM ALTAN

Respon Erdogan

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keji pihak berkuasa Myanmar yang melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk minoriti Muslim Rohingya. Disebabkan itu, beribu-ribu penduduk Rohingya terpaksa melarikan diri merentasi sempadan Bangladesh bagi menyelamatkan diri dan keluarga daripada dibunuh dan dirogol tentera Myanmar.

Penduduk Rohingya dibakar dan dibiarkan di merata-rata tempat. Sumber foto : Suara TV

Erdogan turut menegaskan bahawa seluruh dunia harus memberi perhatian kepada isu pelarian Rohingya ini. Malah, beliau turut mencemuh sesiapa yang memejamkan mata ke atas isu ini dan menggelarkan mereka sebagai bersubahat sekiranya terus berdiam diri tanpa berbuat apa-apa.


Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Seramai 400 orang Muslim Rohingya telah dibunuh dalam keganasan yang tercetus di kawasan utara Rakhine, Myanmar setakat ini. Kampung-kampung kediaman mereka telah dibakar dan penduduk dibunuh beramai-ramai tanpa belas kasihan oleh tentera keselamatan dan juga militan.

BACA JUGA :   Tindakan Austria Dibimbangi Akan Mencetuskan Peperangan
Kampung penduduk Rohingya yang hangus dibakar. Sumber foto : Daily Sabah

Hanya ada satu kesimpulan, keganasan pembersihan etnik Rohingya ini sudah sampai di satu tahap di mana ianya sudah tidak boleh dikawal lagi.

Tindakan Yang Diambil Turki

Erdogan dengan lantangnya akan membangkitkan isu ini dalam Perhimpuan Umum Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang akan berlangsung di New York pada hujung bulan ini. Presiden Turki itu juga dilaporkan telah menyuarakan keganasan tidak berperikemanusiaan ini kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dan juga pemimpin-pemimpin negara Islam yang lain.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres

Bertitik-tolak daripada itu, Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu mendesak pihak berkuasa Bangladesh untuk ‘membuka pintu’ kepada pelarian Rohingya ini dan akan membayar semua kos yang perlu ditanggung untuk menempatkan lebih ramai lagi pelarian. Bangladesh telahpun menerima 400,000 pelarian Rohingya dan bertegas tidak mahu menerima lebih daripada itu.

Pelarian Rohingya terpaksa melarikan diri ke Bangladesh untuk selamatkan diri. Sumber foto : CTV News

Turki akan memberikan pelbagai bantuan kepada saudara-saudara Islam Rohingya dalam menyelesaikan kemelut keganasan ini. Erdogan telah mencapai kata sepakat dengan pemipin Malaysia dan juga Indonesia. Turut dihubungi Erdogan adalah bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Anaan.

BACA JUGA :   Bela Nasib Rohingya, ISIS Mahu Rekrut Rakyat Malaysia Untuk 'Berjihad' Lawan Tentera Myanmar

Negara ‘Masjid Biru’ ini juga mendesak Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) untuk berhenti berdiam diri dan mengambil tindakan ke atas keganasan ke atas penduduk Muslim Rohingya. Satu sidang kemuncak akan diadakan tahun ini bagi membela nasib pelarian-pelarian ini.

Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)

Justeru, semua pihak harus membuka mata dan memperjuangkan nasib rakyat Rohingya. Ini bukan lagi isu agama ataupun warna kulit. Ini adalah soal kezaliman. Beratus-ratus penduduk dibakar, dibunuh dan dirogol setiap hari tanpa perikemanusiaan. Ketepikan perbezaan politik serta segala persepsi buruk anda terhadap pelarian Rohingya, ayuh bersatu dan doakan supaya derita mereka akan berakhir secepat mungkin.

Sumber foto : Al Jazeera

Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Sumber :

Yenisafak.com 

Guardian Newspapers 

Facebook Comments

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here