Apakah Nasib Barcelona ?

Situasi di utara timur Sepanyol semakin bertambah tegang dengan wilayah Catalonia yang mendesak supaya undian diberikan dalam usaha mereka untuk medapatkan kemerdekaan. Sekiranya Calatonia berjaya mendapat kemerdekaan, impak besar akan berlaku ke atas kelab bola sepak gergasi dunia iaitu FC Barcelona.

Barcelona
Rakyat Catalonia memperjuangkan kemerdekaan. Sumber foto : Zero Hedge

Barcelona yang berada di dalam wilayah itu akan bebas untuk menyertai mana-mana liga bola sepak di negara lain, termasuklah English Premier League (EPL) sekiranya Catalonia mendapat kemerdekaan daripada Sepanyol. Situasi ini juga akan dialami oleh 2 lagi kelab lain di Liga Sepanyol iaitu Girona dan Espanyol.

Barcelona
Bintang Barcelona, Lionel Messi

Ketiga-tiga kelab ini harus memutuskan untuk beraksi di liga mana : sama ada ingin kekal di Liga Sepanyol ataupun di negara-negara jiran seperti Itali, Perancis ataupun England. Pendek kata, kelab-kelab ini akan menjadi free agent dan tidak terikat dengan mana-mana negara.

BACA JUGA :   ASTRO DIBERI HAK EKSKLUSIF PENYIARAN EPL SELAMA 3 MUSIM!

English Premier League sekarang ini mendapat jumlah hak penyiaran sebanyak $4.6 bilion setahun, jauh lebih besar berbanding liga-liga lain. Liga Bundesliga German di tempat kedua dengan $1.6 bilion manakala La Liga adalah ketiga terbesar dengan $1.3 bilion.

Peningkatan pendapatan itu pastinya akan menarik Barcelona yang mempunyai status sebagai francais bola sepak paling berharga di dunia untuk menyertai English Premier League.

BACA : Bagaimana Perpindahan €200 Juta Neymar Ke PSG Ini Cetus Revolusi Di Laman Facebook Live

 

Ada juga beberapa kelab yang kini sedang bermain dalam liga di negara lain termasuklah AS Monaco yang beraksi dalam Ligue 1 Perancis, Cardiff dan Swansea City dari Wales yang bermain dalam EPL.

BACA JUGA :   ASTRO DIBERI HAK EKSKLUSIF PENYIARAN EPL SELAMA 3 MUSIM!
Swansea, kelab dari Wales yang beraksi dalam EPL.

Walaubagaimanapun, masih banyak perkara yang perlu dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak teutamanya FA England jika EPL mahu menambah kelab dari luar United Kingdom. Tambahan pula, menambah pasukan-pasukan bertaraf dunia di EPL hanya masuk akal jika jumlah pasukan dalam liga ditambah kepada 22 ataupun 24.

Hanya 20 pasukan dalam EPL setakat ini.

Asasnya, Catalonia haruslah mendapatkan kemerdekaan terlebih dahulu. Buat masa sekarang, masih tidak diketahui sama ada hak mengundi akan diberikan kepada rakyat Catalonia.

Teruskan layari Deenamik.com dari semasa ke semasa dan jangan lupa like page FB Deenamik untuk terus dapatkan perkembangan terkini dunia sukan dalam dan luar negara.


Jom Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Best-Seller Idaman Anda Dengan Harga Terendah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Business Insider

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here