Sumber foto: The Star
pelajar
Sumber foto: Astro Awani

Kuching: Seorang pelajar telah mereka satu aplikasi yang dinamakan buku teks digital dengan tujuan untuk mengurangkan penggunaan buku teks.

Ahmad Zulfadzli Khamidi, 13, mereka aplikasi itu dalam jangka masa yang pendek iaitu selama 2 minggu dengan latihan dan tunjuk ajar daripada Malaysian Global Innovation and Creative Centre (MaGIC) di Borneo744, Bintawa.

Dia berkata bahawa idea untuk mereka aplikasi itu datangnya daripada pengalamannya sendiri kerana dia berasa amat bosan dan cepat mengantuk apabila belajar menggunakan buku teks.

“Akan tetapi, saya menghadapi beberapa halangan untuk mengapai cita-cita saya. Saya mempunyai idea tetapi saya tidak tahu bagaimana caranya untuk mereka dan menulis kod untuk perisian app tersebut” katanya.

Ahmad Zulfadzli dan ibunya, Norhasyimah Ahmad Mericcan, 38, pergi ke Borneo744 (sebuah Perbandaran Usahawan Laut) untuk mencari nasihat tetapi sebaliknya mereka terkejut kerana program itu mengajar asas-asas dan prinsip pengkodan secara percuma.

BACA JUGA :   Pendapat Anda Tentang Teknologi Kereta Tanpa Pemandu?

Dia juga mengatakan bahawa dengan menggunakan aplikasi ini, para guru tidak perlu untuk menanda setiap kerja rumah dan kertas peperiksaan, pelajar tidak perlu untuk membawa buku ke sekolah dan tidak ada lagi soalan yang berkaitan dengan kehilangan buku teks atau kelengkapan yang tidak mencukupi.

“Aplikasi ini sangat mudah untuk digunakan dan sesuai untuk pelajar di semua peringat umur, tidak kira pelajar sekolah rendah, menengah mahupun peringkat universiti” kata Ahmad Zulfadzli.

“Untuk permulaan, aplikasi ini terdiri daripada matapelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains, akan tetapi matapelajaran lain boleh ditambah kemudian”.

Rekaan Ahmad Zulfadzli memenangi dalam kategori junior di dalam Hack Weekend KCH, sebuah hacktahon yang diadakan bersama dengan Texas Youth Forum 2017 di Pusat Konvensyen Borneo pada Oktober 2014.

BACA JUGA :   PERLAKSANAAN PERINTAH BERKURUNG REMAJA KELANTAN DIKAJI

Dia berkata, sekarang ini dia dalam proses untuk menyiapkan aplikasi keduanya untuk peniaga kecil-kecilan di Sarawak untuk mempromosikan produk mereka.


Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Daulah.com

Sumber: The Star

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here