George Town: Mangsa berlanggar bas yang mengorbankan lapan nyawa di Kilometer 147, berhampiran Plaza Tol Juru mengatakan bahawa penumpang di dalam bas pertama berada dalam keadaan panik sebelum berlakunya kemalangan.
Sahfitri, 19, dari Medan berkata “terdapat sesuatu yang tidak kena dengan enjin dan ekzos bus itu. Hal ini meyebabkan asap mula memenuhi bas tersebut”.

“Ramai penumpang menjerit mengatakan bahawa terdapat asap yang terlalu banyak tetapi pemandu bas tidak menghiraukan mereka”
“Asap tersebut terlalu tebal dan kami sukar untuk bernafas” katanya apabila ditemu ramah di Hospital Seberang Jaya.
Akhir sekali, Sahfitri berkata bahawa seorang rakannya melompat keluar daripada bas. Membuat keputusan melompat keluar dari bas merupakan keputusan yang berani dan nasib menyebelahi rakannya kerana dia terselamat.
Apabila asap terlalu tebal, pemandu bas itu memberhentikan kenderaannya dan kami semua segera untuk keluar dari bus itu. Semasa kami bersegera untuk keluar, sebuah lagi bas melanggar bas itu.
Pekerja Plexus Manufacturing Sdn Bhd di Bayan Lepas berkata basnya yang menuju ke Parit Buntar ke tempat kerja tiba-tiba melanggar bas lain membawa pekerja Sony di hadapan mereka.
Keadaan menjadi tidak terkawal, apabila berlanggar bas mereka ditolak di tengah-tengah jalan dan beberapa orang penumpang tercampak ke luar bas akibat hentaman yang amat kuat.
Rafizah, yang sudah bekerja di Malaysia selama setahun, berkata ramai penumpang di dalam bas itu menjerit dan menangis dalam ketakutan.
“Saya duduk di tengah-tengah bas dan tercampak kehadapan. Saya bernasib baik kerana tidak tercampak keluar jika tidak, saya juga akan mati,” kata pekerja yang mengalami kecederaan pada bahagian wajah dan badannya. Satu sisi bahagian bas itu musnah akibat perlanggaran itu.
Sementara itu, Wirda, 36, mengatakan bahawa adik perempuannya Rosa, 19, yang bekerja di Pulau Pinang juga adalah mangsa kemalangan tersebut.
Wirda yang telah menetap di Pulau Pinang sejak enam tahun lalu dan berkahwin dengan penduduk setempat, berkata dia bergegas ke Hospital Seberang Jaya sebaik sahaja dia mengetahui tentang kemalangan itu. Walau bagaimanapun, sehingga jam 11.30 pagi, dia tidak dapat bertemu dengan Rosa atau mengetahui keadaannya ketika dia masih berada di wad kecemasan.
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Sumber:
The Star