Kuala Lumpur: Menaiki sebuah kereta yang bergerak tanpa pemandu mungkin sukar untuk dibayangkan, selain itu perkara ini agak menakutkan bagi segelintir pengguna.

Namun, pembangunan teknologi kereta tanpa pemandu kini telah menjadi keutamaan bagi syarikat besar dunia seperti Tesla, Google, Apple dan Volvo untuk memajukan sektor automotif.

kereta

Di Malaysia, sebuah syarikat tempatan yang bernama Reka Studio telah mengambil inisiatif untuk membangunkan dan membina teknologi ini sejak tahun 2016.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Haziq Faris Hasnol, pembangunan ini bermula daripada pengeluaran papan litar Internet of Things (IoT) yang dihasilkan oleh syarikatnya.

“Ketika kami menghasilkan papar litar (motherboard) yang dipanggil Rig, terdapat beberapa orang yang membandingkan teknologi kami dengan teknologi luar negara”katanya.

Mereka mahu membuktikan kebolehan papan litar mereka dan membuat keputusan untuk membangunkan kereta tanpa pemandu dengan menggunakan papan litar Rig. Selepas dua bulan, mereka berjaya menghasilkan prototaip pertama kereta tanpa pemandu.

BACA JUGA :   Perang Antara Kuasa Ini Akan Menghuru-Harakan Malaysia Kelak!

Muhammad Haziq juga berkata, “menggunakan papan litar bersama system pengesanan global (GPS) dan kamera berjaya menghasilkan Proton Waja sebagai kenderaan tanpa pemandu”.

kereta

Setakat ini, Reka Studios sudah menghasilakan 4 prototaip kereta tanpa pemandu. Baru-baru ini mereka telah mempamirkan dua prototaip pada Ekspo Inovasi dan Ekonomi Kreatif 2017 di Bukit Jalil.

Muhammad Haziq percaya syarikatnya mampu melengkapkan teknologi kereta autonomi sepenuhnya dalam temph 2 hingga 3 tahun akan datang. Setakat ini, mereka merasakan bahawa mereka hanya bersedia sebanyak 30 peratus. Kereta tanpa pemandu yang dihasilkan syarikat ini boleh bergerak sendiri dengan menekankan aspek keselamatan serta teknologi.

Tambahnya, factor kewangan dan sokongan undang-undang merupakan antara cabaran yang dihadapi syarikat dalam menghasilkan kenderaan tanpa pemandu. Beliau menjelaskan bahawa kekangan ekonomi juga diantara cabaran yang dihadapi kerana komponen teknologi perlu ditempah dari luar negara.

BACA JUGA :   'Hologram Call' Bakal Tembusi Teknologi Malaysia

Mereka juga berdepan dengan masalah orang ramai yang hanya mahu melihat hasil dengan secepat mungkin tanpa memikirkan bahawa proses untuk menyelidik dan melakukannya mengambil masa yang lama.

Setakat ini, Reka Studios memiliki 10 jurutera dan seorang pelatih di dua pejabat iaitu di Kuala Lumpur dan Melaka.

Syarikat ini juga memberi tumpuan terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D). Mereka juga menyediakan perkhidmatan laman web, aplikasi dan produk teknologi serta menyediakan latihan kepada syarikat perniagaan yang lain.


Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Daulah.com

Sumber: www.astroawani.com

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here