Harga RM 100 Adalah Berpatutan – KPDNKK

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang mengesahkan kedai makan yang mengenakan harga RM100 untuk dua pinggan nasi campur yang tular di media sosial baru-baru ini , adalah berpatutan dengan lauk pauk yang diambil.

KPDNKK
Nasi putih yang dimakan wanita ini berlaukkan udang galah dan sotong

Pada minggu lepas, isu ini mula menjadi hangat apabila seorang wanita memuat naik gambar resit di media sosial kerana perlu membayar RM100 untuk hidangan nasi campur semasa makan bersama suaminya di sebuah kedai makan di tepi jalan Leban Chondong, Kuala Rompin.

Sumber foto : Twitter

Wanita itu menunjukkan gambar resit bayaran dan gambar nasi campur berserta dua ekor udang galah dan status itu mendapat pelbagai reaksi netizen. Walaubagaimanapun, kebanyakan netizen mengakui bahawa harga udang galah sememangnya mahal dan itu adalah harga yang standard di pasaran.

BACA JUGA :   Avengers: Endgame Bocor Dengan Spoilers?
KPDNKK
Netizen akui harga udang galah sememangnya mahal. Sumber foto : Twitter

Siasatan terhadap pemilik kedai makan itu mendapati harga yang dikenakan adalah berpatutan dan harga udang galah mengikut gred juga jelas dipamerkan di bahagian hadapan kedai.

Dilaporkan juga bahawa gambar yang tular itu menunjukkan dua ekor udang galah, sedangkan jumlah sebenar yang diambil ialah empat ekor, di samping lauk lain termasuk sayur dan sotong.

Bagi harga udang galah telah dinyatakan bahawa perkiraan adalah mengikut gred iaitu A, B dan C pada harga antara RM50 ke RM100 mengikut hidangan.

Justeru, tiada  tindakan yang boleh diambil KPDNKK ke atas pemilik kedai makan itu kerana tiada kesalahan yang dilakukan.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk bertanya kepada pemilik kedai makan atau menyemak senarai harga yang dipamerkan sebelum mengambil makanan, untuk mengelakkan masalah sebegini daripada berlaku.

BACA JUGA :   "Selebriti Seperti Kami Tiada Hak Bersuara?" - Adibah Noor

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Malaysia Gazette

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here