JDT Bantu Mangsa Banjir 

Di saat warga dan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) sedang gembira meraikan kemenangan Piala Malaysia yang lalu, Malaysia pula digemparkan dengan berita mengenai banjir kilat yang melanda Pulau Pinang. Dilaporkan, banjir kali ini adalah yang paling teruk pernah melanda negeri itu sejak sedekad yang lalu.

mangsa banjir
Banjir di Pulau Pinang. Sumber foto: NST

Hampir kesemua wakil kerajaan negeri turun padang bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir. Kelab JDT juga tidak terkecuali apabila kelab itu mengumumkan bahawa mereka akan menyumbangkan wang kemenangan Piala Malaysia tempoh hari bagi sebagai bantuan.

Menurut kenyataan JDT di laman FB Johor Southern Tigers, “Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Johor, antara polisi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan sepertimana sebelum ini kepada mangsa bencana banjir di Pahang dan Kelantan serta mangsa bencana gempa bumi di Sabah”

BACA JUGA :   TMJ Ingin Lepaskan Jawatan Presiden FAM Selewat-Lewatnya Pada Tahun 2019

“Banyak bantuan yang telah kami berikan kepada kerajaan negeri dan JDT akan terus melakukan perkara yang sama. Kelab JDT dan para pemain telah membuat keputusan untuk memberi duit kemenangan Piala Malaysia yang kami menangi kepada mangsa bencana banjir di Pulau Pinang”, ujar post berkenaan.

Tindakan mulia Juara Piala Malaysia itu sememangnya mendapat pujian dan disokong oleh majoriti rakyat Malaysia. Rata-rata pengguna media sosial juga menzahirkan rasa hormat di atas keputusan yang diambil JDT itu.

Salah seorang pengguna media sosial, Muhamad Syamim menulis, “Rakyat Pulau Pinang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerabat diraja Johor dan juga kepada JDT. Semoga Allah melindungi kalian semua”.

Daripada Zulkifli Bin Don Zol pula, “Sebagai seorang penyokong Kedah, saya berasa sangat terharu dengan tindakan mulia JDT, terutamanya daripada TMJ. Hanya Allah mampu membalasnya”

BACA JUGA :   ‘Play Centres’ Tempat Sesuai Untuk Ibu Bapa Luangkan Masa Bersama Anak-Anak

Sesungguhnya sikap mulia JDT ini harus dijadikan contoh dan teladan kepada organisasi-organisasi sukan di luar sana. Semoga sikap ini bertambah mekar dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Dalam kita memuji tindakan JDT, marilah juga kita sama-sama mendoakan kesejahteraan mangsa banjir di Pulau Pinang dan mangsa-mangsa bencana alam di seluruh Malaysia.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com
Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada Malasian Digest

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here