Menurut kajian yang diambil oleh SKMM baru-baru ini, hampir 97% responden mengakui menggunakan Internet untuk menghantar mesej. Ramai juga yang menggunakan Instagram Direct.
Instagram ialah antara aplikasi dengan sistem pemesejan yang membenarkan anda berkongsi dengan sesiapa sahaja yang and mahu.
Kini, ramai penduduk Malaysia juga telah menggunakan Instagram sebagai aplikasi harian mereka dan menghantar mesej menggunakan Instagram Direct.
Platform media sosial ini telah mengumumkan fungsi baru yang membolehkan gambar yang dihantar diedit oleh rakan atau sesiapa sahaja dengan mudah.
Hal ini menarik juga kerana anda boleh berkongsi semula gambar yang telah diedit.
Gambar yang dihantar boleh diedit dengan meletakkan pelekat, lakaran, teks dan anda juga boleh mengubah ukurannya menggunakan mod suntingan yang telah disediakan.
Kemaskini Instagram Direct yang terbaru membolehkan anda menghadkan berapa banyak teman yang boleh melihat gambar anda.
Secara keseluruhannya tiada had yang ditetapkan tetapi pengguna boleh menghadkan hanya sekali.
Fungsi dan kemas kini ini telah diaktifkan kepada semua pengguna pada platform Android dan iOS.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Sumber:
Dipetik & diolah dari Amanz.my